Bahan A
(Lapisan Bawah) :
1 cawan pulut
1 cawan jagung hiris @ jagung biji di dalam tin
1 ½ cawan santan cair (
½ biji kelapa)
1 sudu teh garam
Bahan B
(Lapisan Atas) :
2 cawan santan pekat
½ cawan air tapisan pandan
1 sudu teh pewarna hijau
½ cawan gula pasir
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir
2 sudu makan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh garam
Cara
Membuat Lapisan Bawah :
1. Basuh dan rendamkan pulut selama 3 jam.
2. Masukkan bahan A ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Sapukan sedikit minyak atau lapikkan plastik ke dalam
loyang.
4. Tekan pulut dan jagung yang sudah masak tadi.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Cara
Membuat Lapisan Atas :
1. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk dan kacau rata. Kemudian
tapiskan.
2. Masukkan di dalam kuali tidak lekat dan panaskan sekadar
suam-suam kuku.
3. Tuangkan perlahan-lahan ke atas pulut tadi.
4. Kukuskan selama 30 minit.
5. Sejukkan dahulu, kemudian potong dan sedia dihidangkan.
sedap dan menyelerakan untuk minum petang dan bergebang dengan teman2
BalasPadamBetul tu..sesuai untuk seisi keluarga :)
Padam