Sumber Resipi :
Facebook
Bahan Untuk Gula Hangus :
1 cawan gula pasir
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
Cara
Membuat Gula Hangus :
1. Gula digoreng dengan api
sederhana besar di dalam kuali.
2. Apabila gula telah cair dan
berwarna keperangan, masukkan air panas.
3. Masukkan mentega dan kacau
sehingga mentega cair.
4. Tutup api dan ketepikan.
Bahan Untuk Kek :
4 biji telur
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara
Membuat Kek :
1. Pukul telur sehingga sebati. Masukkan susu pekat.
2. Masukkan tepung dan soda
bikarbonat yang diayak terlebih dahulu.
3. Tuangkan esen vanila. Akhir sekali, masukkan gula
hangus tadi.
4. Perap adunan ini selama 3
hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
5. Dibakar selama 60 minit suhu oven 160oC api bawah sahaja. Baki terakhir 11 minit pula api atas dan bawah.
5. Dibakar selama 60 minit suhu oven 160oC api bawah sahaja. Baki terakhir 11 minit pula api atas dan bawah.
6. Kek ini juga boleh dikukus
selama satu jam atau sehingga masak.
Tips
Masakan :
1. Pukul telur jangan terlalu
lama kerana ia akan keringkan kek. Pukul sekadar telur kuning pecah dan rata sudah
mencukupi.
2. Semasa masukkan susu dan
tepung gandum hendaklah dikacau sekejap juga untuk menghasilkan kek yang lembab
dan lembut.
3. Aluminium foil mesti digunakan
untuk menutup loyang kek sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada diletakkan
kain pada sekeliling tudung pengukus. Jika tiada aluminium foil, mesti tutup
tudung pengukus dengan kain disekelilingnya.
kek kukus kegemaran saya... kalau makan saya mesti makan dengan susu pekat... sebab mak saya masak tak berapa manis... kalau saya komen kenapa tawar, dia terus bagi sedas kat tengkorak saya...
BalasPadamOwh..ya ka..bagus untuk kesihatan jika masak kurang manis.
PadamTapi jangan risau resipi kek nie ok rasanya.. Sedap dan secukup rasa :)
tapi mak saya bising pulak kalau anak2 dia tanak makan... sebab tu saya cadangkan dia buat terus tak letak gula... jadi sapa2 nak kurang manis atau lebih manis.. cicah ngan susu... ikut suka hati nak banyak mana
PadamKbtuln nk masak semua bahan ada di rumah...nk try la jp lg..
BalasPadamTp 2 sudu besar mntega tu byk mn ye....2 senduk ke apa....lau kira gram brp ye...
Sudu yang biasa yang kita buat makan makanan berkuah contoh laksa, mee sup dan sebagainya. Bukan yang panjang yang ada garfu tu yer..
Padam