Bahan-bahan :
1 paket besar kulit popia
2 paket besar keropok Super Ring
(dihancurkan @ dimesin)
Tepung gandum
Air
Cara Menggulung Kulit Popia :
1. Bancuh tepung gandum bersama
sedikit air sebagai gam kulit popia.
2. Ambil kulit popia dan gunting menjadi
dua bahagian agar popia lebih ranggup.
3. Gulung kulit popia dengan
menggunakan chop stick @ straw @ lidi.
4. Di hujung kulit popia gamkan
dengan bancuhan tepung gandum tadi.
5. Selepas semuanya siap digulung,
gunting mengikut kesukaan anda.
6. Goreng kulit popia hingga
kekuningan.
7. Sejat minyak pada kulit popia
dan biarkan ia sejuk.
8. Salut kulit popia dengan
keropok Super Ring yang telah dihancurkan.
9. Sedia untuk dinikmati bersama
keluarga.
Salut ngan Super Ring,...menarik nih!
BalasPadamBetul tu..orang yang suka makan keropok Super Ring patut cuba..
Padam