Memaparkan catatan dengan label Kelas Zoom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelas Zoom. Papar semua catatan

Sabtu, 4 September 2021

Snow Cheese Cake @ Kek Keju Salji

 

 





Bahan-bahan Kek :

5 biji telur gred A

80 gram gula kastor

100 gram tepung gandum

50 gram tepung jagung

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar baking powder

50 gram susu full cream

1 sudu besar ovallet

80 gram minyak jagung

 

Topping Cheese :

250 gram cream cheese

120 gram susu pekat

30 gram whipping cream

Cheese cheddar (diparut)

 

Barang Lain :

Loyang saiz 8

Baking paper

 

Cara Membuat Kek :

1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder. Ketepikan.

2. Putar telur dan juga gula kastor hingga kembang dan gebu.

3. Masukkan avallet dan putar lagi bagi kembang.

4. Masukkan esen vanilla dan susu full cream.

5. Kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Putar bagi sebati.

6. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk.

7. Tuangkan minyak ke dalam adunan mangkuk tadi. Kacau sampai sebati.

8. Tuangkan adunan yang dikacau dengan minyak ke dalam adunan kek tadi.

9. Kacau perlahan dengan menggunakan senduk hingga semuanya sebati.

10.  Lapik loyang dengan baking paper di bawah dan tepi loyang. Tuangkan kek ke dalam loyang.

11. Untuk elak kek dari berongga, hentak kek dengan perlahan. Ambil lidi dan kacaukan agar tidak berongga di tengah.

12. Panaskan ketuhar terlebih dahulu, bakar pada suhu 140 selama 30 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.

 

Cara Membuat Topping Cheese :

1. Putarkan cream cheese dahulu sehingga kembang.

2. Masukkan susu pekat dan juga whipping cream.

3. Putar lagi hingga semuanya sekata.

4. Masukkan ke dalam piping bag.

 

Cara Mendeko Kek :

1. Apabila kek sudah masak, terus keluarkan kek dari loyang.

2. Kemudian sejukkan terlebih dahulu.

3. Potong kek kepada dua bahagian.

4. Ambil topping cheese, piping dan ratakannya. Tutup kek kembali.

5. Kemudian salutkan kek dengan cream cheese tadi juga.

6. Masukkan sekejap dalam peti ais agar cream agak keras.

7. Kemudian, taburkan dengan parutan cheese cheddar di sekeliling kek.

8. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

 

Khamis, 3 Jun 2021

Resipi Roti dan Pizza Cikgu Rozita (Bread Maker)







Bahan-bahan :

220ml susu segar

1 biji telur gred B

80 gram gula castor @ gula pasir

50 gram marjerin

1 sudu kecil garam

10 gram superkrim (k-fine)

500 gram tepung high protein

11 gram yis

 

Sapuan Atas Roti

1 biji telur (putih dan kuning)

Sedikit susu segar

 

Cara Membuatnya : 

1. Pertama sekali masukkan susu segar ke dalam bread maker.

2. Pastikan masukkan cecair dahulu ke dalam bread maker agar mudah diadun.

3. Masukkan telur, gula, marjerin, garam dan juga superkrim.

4. Kemudian boleh masukkan tepung high protein.

5. Akhir sekali baru masukkan yis kering.

6. Yis kering tak boleh bercampur dengan garam kerana ia akan melemahkan yis.

7. Uli selama 30 minit guna breadmaker, jika guna dua tangan selama 40 minit.

8. Uli sehingga elastik dan tak lekat di tangan.

9. Kemudian boleh bentukkan roti dan letak inti yang digemari.

10. Untuk sapuan atas roti, campurkan telur dengan susu segar. Kacau sebati.

11. Sapukan permukaan roti dengan campuran telur dan susu tadi.

12. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170 @ 180 darjah atau bergantung pada ketuhar anda.


Ahad, 21 Februari 2021

Resipi Roti Cikgu Dinde (Bread Maker)

 
 





Bahan-bahan : 

200 gram air 

1 biji telur gred B 

80 gram gula

500 gram tepung high protein

30 gram marjerin

30 gram shortening

1 sudu kecil garam

10 gram super cream (krim pelembut)

11 gram yis kering


Sapuan Atas Roti :

Kuning telur @ susu sejat @ susu segar 

Pewarna kuning telur

 

Cara Membuatnya :

1. Pertama sekali masukkan air ke dalam bread maker.

2. Pastikan masukkan cecair dahulu ke dalam bread maker agar mudah proses menguli. 

3. Masukkan telur, gula, marjerin, shortening, garam dan juga super cream.

4. Kemudian boleh masukkan tepung high protein.

5. Akhir sekali baru masukkan yis kering.

6. Yis kering tak boleh bercampur dengan garam kerana ia akan melemahkan yis.

7. Uli sehingga 30 minit guna bread maker dan jika guna tangan selama 1 jam tanpa henti.

8. Uli sehingga elastik dan tak lekat di tangan.

9. Kemudian boleh bentukkan roti dan letak inti yang digemari.

10. Untuk membuat sapuan atas roti, pukul manja telur dan letak sedikit pewarna kuning.

11. Sapukan permukaan roti dengan campuran kuning telur tadi.

12. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170 @ 180 darjah bergantung pada ketuhar masing-masing.