Memaparkan catatan dengan label Kuih Tradisional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih Tradisional. Papar semua catatan

Khamis, 21 Julai 2011

Kuih Siput

Kuih Siput


Bahan-bahan :

1 kg tepung gandum
8 sudu besar marjerin (dipanaskan)
4 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya : 

Di dalam mangkuk, masukkan serbuk kari dan telur. Kacau sebati dan ketepikan.

Di dalam bekas yang lain, masukkan tepung gandum, gula dan garam. Kemudian, masukkan marjerin yang telah dipanaskan. Gaul sekata.

Seterusnya, masukkan pula serbuk kari dan telur tadi. Gaul lagi.

Masukkan air secukupnya dan uli hingga menjadi doh yang baik. Bolehlah dibentuk dengan mengunakan acuan kuih siput yang sesuai. Goreng hingga garing.

Rabu, 22 September 2010

Kuih Denderam


Kuih Denderam

Bahan - bahan :

700 gram gula merah
200 gram gula putih
1 kg tepung beras
2 cawan air
1 cawan tepung gandum


Cara Membuatnya:

1. Gula merah dan gula putih dimasak bersama 2 cawan air. Kacau hingga gula larut.

2. Ayak tepung gandum dan tepung beras.

3. Kemudian, masukkan gula yang dimasak tadi ke dalam tepung dengan menapis gula tersebut terlebih dahulu menggunakan penapis.

4. Kacau hingga sebati. Setelah itu, simpan doh selama semalaman untuk menyejukkannya.

5. Kemudian, bolehlah dibentuk untuk membuat kuih. Guna acuan kuih denderam yang sesuai.

6. Goreng hingga masak.