Bahan-bahan
:
37.5 gram agar-agar bertali
7 mug air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
Gula secukup rasa
2 helai daun pandan disimpul
Cara
Membuatnya :
1. Masak agar-agar bersama 7 mug air sehingga agar-agar
hancur.
2. Masukkan juga daun pandan yang telah disimpul untuk menaikkan
aroma.
3. Ambil ½ tin jagung dan kisar bersama ½ tin susu cair.
4. Apabila agar-agar telah hancur, masukkan gula secukup rasa.
5. Biarkan seketika sehingga gula larut.
6. Kemudian masukkan jagung yang telah dikisar.
7. Masukkan juga susu cair dan jagung yang tidak dikisar.
8. Masak sehingga mendidih.
9. Tutup api dan tuangkan dalam bekas.