Bahan-bahan
:
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 bungkus perencah nasi briyani Maggi
200 gram ayam (dipotong kecil)
3 cawan beras
Garam secukup rasa
Lobak merah (dipotong halus)
Kacang dalam tin
Cili hidup (potong)
Air secukupnya
Air secukupnya
Cara
Membuatnya :
1. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
2. Tumiskan juga bawang merah dan bawang putih hingga wangi
dan keperangan.
3. Kemudian masukkan perencah nasi briyani Maggi.
4. Masak hingga naik bau.
5. Masukkan ayam dan garam secukup rasa.
6. Biarkan ayam masak sedikit.
7. Seterusnya, masukkan air dan juga beras. Masak nasi seperti
biasa.
8. Apabila sudah mendidih dan agak kering, masukkan lobak
merah dan kacang.
9. Jika mahu lebih pedas, boleh juga masukkan cili potong.
10. Biarkan hingga nasi masak sepenuhnya dan sedia untuk dihidang.
10. Biarkan hingga nasi masak sepenuhnya dan sedia untuk dihidang.