Jumaat, 14 Oktober 2011

Cucur Jawa

Cucur Jawa

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit garam
Air  (lebih kurang 2 cawan)
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya : 

Campurkan gula pasir dan gula merah bersama 2 cawan air. Masak hingga mendidih. Biarkan sejuk atau suam.

Tuangkan air gula tadi ke dalam adunan tepung gandum dan tepung beras. Tambahkan garam. Gaul hingga sebati dan ditimbuk-timbuk hingga berbuih.

Peram adunan tadi semalaman.

Ambil sesenduk adunan dan digoreng dengan minyak yang secukupnya. 
 

Khamis, 6 Oktober 2011

Agar-agar Lumut @ Pandan

Agar-agar Lumut @ Pandan

Bahan-bahan : 

24 gram agar-agar
3 cawan air
1 ½ cawan air pandan (10 helai daun pandan yang dikisar dan ditapis)
1 ½ cawan santan pekat
Gula secukupnya
Secubit garam
1 biji telur dipukul

Cara Membuatnya : 

Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga hancur.  Masukkan gula secukupnya.

Kemudian, masukkan air pandan dan santan. Kacau dan masukkan sedikit garam.

Seterusnya, masukkan telur yang dipukul. Tunggu hingga mendidih.

Akhir sekali, bolehlah diangkat dan dituang ke dalam acuan. Tunggu hingga sejuk dan bolehlah dihidang.

Sabtu, 17 September 2011

Kuih Dangai



Bahan-bahan : 


2 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
½  cawan gula (ikut suka)
Sedikit garam

Cara Membuatnya : 


Gaul semua bahan iaitu kelapa, tepung pulut, gula dan garam.

Masukkan ke dalam loyang, bahagian bawah ditekan sedikit. Masak dalam oven pada suhu 180 selama 5 - 10 minit (hingga sedikit keperangan).

Lebih elok jika menggunakan acuan kuih dangai dengan memasak di atas api yang perlahan. Tabur sedikit tepung gandum di dalam acuan agar tidak melekat.

Setelah siap biarkan sejuk dan dipotong.