Alangkah
sedapnya jika bunga betik dimasak kerabu. Tetapi jika ianya terlalu pahit pasti
mengundang rasa kurang enak. Oleh itu, ada cara untuk menghilangkan rasa pahit
pada bunga betik. Caranya ialah dengan memasukkan beberapa helai daun jambu
batu bersama bunga betik ketika merebus. Apabila bunga betik telah lembut,
baru keluarkan daun jambu batu tersebut dan toskan airnya. Anda boleh mengambil
langkah seterusnya dengan memasak menu yang digemari.
Isnin, 3 November 2014
Petua Melembutkan Cucur Bawang
Mungkin ada yang tertanya-tanya cara mendapatkan cucur yang lembut di dalam tetapi garing diluar tanpa memasukkan sebarang serbuk penaik. Caranya ialah masukkan
sedikit demi sedikit air panas ke dalam adunan tepung yang telah dicampur
sayur-sayuran seperti lobak merah, udang atau ikan bilis dan bawang yang telah
dimayang halus.
Gaul adunan hingga rata. Pastikan bancuhan ketika itu agak keras. Selepas itu campurkan sedikit tepung gandum, sedikit garam dan air putih (biasa) sedikit demi sedikit hingga adunan lembut.
Tujuan mencampurkan sedikit tepung dan air putih adalah untuk mempercepatkan menggoreng. Cucur akan menjadi garing di luar tetapi lembut di dalam. Jika kita menggunakan air panas semata-mata, cucur yang digoreng akan menjadi lebih berminyak.
Gaul adunan hingga rata. Pastikan bancuhan ketika itu agak keras. Selepas itu campurkan sedikit tepung gandum, sedikit garam dan air putih (biasa) sedikit demi sedikit hingga adunan lembut.
Tujuan mencampurkan sedikit tepung dan air putih adalah untuk mempercepatkan menggoreng. Cucur akan menjadi garing di luar tetapi lembut di dalam. Jika kita menggunakan air panas semata-mata, cucur yang digoreng akan menjadi lebih berminyak.
Sumber :
Majalah Anis Februari 2006
Label:
Petua Masakan
Isnin, 27 Oktober 2014
Step by Step Cara Membuat Kuih Denderam
Kuih denderam atau juga dikenali sebagai kuih peniaram atau kuih telinga keling atau kuih telinga hindu, disebabkan warnanya yang gelap. Ia merupakan sejenis kuih manis tradisional yang sedap rasanya.
Resipi Kuih Denderam
Oleh : Sajian Hati
Bahan-bahan
:
700 gram
gula merah
200 gram
gula putih
1 kg
tepung beras
2 cawan
air
1 cawan
tepung gandum
Cara
Membuatnya :
Campurkan
gula merah dan gula putih di dalam periuk. Masak gula merah dan gula putih
bersama 2 cawan air sehingga gula larut dan mendidih. Pastikan ia mendidih
kerana kuih ini memerlukan air gula yang panas ketika membancuhnya.
Ayak
tepung gandum dan tepung beras. Kemudian, masukkan gula yang dimasak tadi ke
dalam tepung dengan menapis gula tersebut terlebih dahulu menggunakan penapis.
Jika masih keras dan tidak boleh dikacau, boleh tambahkan sedikit air panas.
Keesokannya, uli doh tersebut dengan
menggunakan tangan. Uli hingga rata seperti di dalam gambar.
Ambil
plastik besar dan sapukan minyak di permukaan plastik tersebut agar doh tidak
melekat. Canaikan doh di atas plastik.
Kemudian, tekan dengan menggunakan acuan kuih
denderam.
Jika tiada acuan tersebut, boleh juga
menggunakan objek bulat dan ditekan. Seterusnya, tebukkan lubang di tengahnya.
Panaskan
minyak dan goreng sehingga masak. Biarkan ia sejuk dan masuk angin agar kuih menjadi lembut. Sedap juga dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba :)
Label:
Kuih Tradisional,
Step by Step
Langgan:
Catatan (Atom)