Isnin, 7 September 2015

Homemade Aiskrim Jagung dan Strawberi

Aiskrim Jagung dan Strawberi

Bahan-bahan :

1 tin susu cair
¼ tin susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalett
1 biji telur
Strawberi emulco
Bes minuman perisa jagung


Cara Membuatnya :

1. Guna mixer dan masukkan susu cair, susu pekat, telur, esen vanila dan ovalett.

2. Pukul selama 20-30 minit untuk mendapatkan tekstur yang pekat dan likat seperti ala-ala krim.

3. Asingkan kepada dua bahagian untuk dimasukkan perisa jagung dan strawberi emulco.

4. Tuangkan dalam bekas dan keraskan dalam peti ais.

5. Sedia untuk dinikmati.

Kuih Apom Lenggang

Kuih Apom Lenggang
Sumber Resipi :


Bahan Untuk Membuat Apom Lenggang :

2 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
¾ cawan gula
Sedikit garam
1 sudu teh yis mauripan
1 ½ cawan air
1 cawan santan pekat
1 biji telur


Cara Membuat Apom Lenggang :

1. Campurkan kesemua bahan kecuali santan dan telur.

2. Kacau hingga sebati dan masukkan dalam bekas bertutup.

3. Peram selama semalaman.

4. Santan dan telur dimasukkan pada waktu pagi kerana takut santan menjadi masam.

5. Panaskan kuali non-stick dan tuang satu senduk kecil adunan apom itu.

6. Guna kuali biasa pun boleh dan letakkan sedikit minyak.

7. Masak dengan api yang kecil dan tutup kuali dengan tudung periuk.

8. Bila garing ditepi bolehlah diangkat. Tak perlu terbalikkan kerana masak sebelah sahaja.

9. Semasa masih panas lipat atau gulung kuih apom tersebut.

10. Perlu lipat semasa kuih masih panas agar ia melekat cantik dan tidak mudah terbuka.

Isnin, 31 Ogos 2015

Apam Balik Lembut

Apam Balik Lembut

Apam Balik Lembut
Sumber Resipi :


Bahan Untuk Membuat Apam Balik Lembut :

2 cawan tepung gandum
1 ½ cawan air
1/3 cawan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning telur


Bahan Tabur :

Kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
Gula pasir
1 tin jagung ala cream
Mentega


Cara Membuat Apam Balik Lembut :

1. Blend telur dan gula hingga kembang.

2. Masukkan baking powder, yis, minyak dan juga garam.

3. Kemudian masukkan air dan blend lagi.

4. Seterusnya, masukkan tepung gandum yang telah diayak.

5. Akhir sekali, masukkan pewarna kuning.

6. Blend hingga sebati dan perap selama 1 hingga 2 jam.

7. Dengan menggunakan kuali non stick, buat saiz kecil-kecil.

8. Letakkan inti secukupnya dan masak sehingga warna keperangan.

9. Bolehlah diangkat dan siap untuk dihidangkan panas-panas.