Ahad, 21 Julai 2024

Bomboloni Filling Strawberi






Bahan-bahan :

200 gram air mineral @ biasa

1 biji telur gred B

30 gram marjerin

30 gram shortening

80 gram gula biasa

1 sudu kecil garam

500 gram tepung high protein

10 gram krim pelembut @ k-fine

11 gram yis

Filling strawberi

Snow powder

 

Cara Membuatnya :

1. Pertama sekali masukkan air ke dalam bread maker.

2. Pastikan masukkan cecair dahulu ke dalam bread maker.

3. Masukkan telur, gula, marjerin, shortening, garam dan juga krim pelembut.

4. Kemudian boleh masukkan tepung high protein.

5. Akhir sekali baru masukkan yis kering.

6. Yis kering tak boleh bercampur dengan garam kerana ia akan melemahkan yis.

7. Uli sehingga 30 minit guna bread maker dan jika guna tangan selama 1 jam.

8. Uli sehingga elastik dan tak lekat di tangan.

 

Cara Membentuk :

1. Timbang doh sebanyak 50 gram dan bulatkan.

2. Kemudian penyek menggunakan scrapper.

3. Proofing atau biarkan kembang selama 15 minit.

4. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas.

5. Goreng dengan api sederhana. Ketika mengoreng jangan bolak-balikkan.

6. Hanya perlu intai-intai sahaja. Jika sudah berwarna coklat baru terbalikkan.

7. Apabila kedua-dua bahagian sudah berwarna coklat, bolehlah diangkat.

8. Ambil gunting, gunting sedikit bahagian luar hingga ke dalam.

9. Ambil piping bag, letakkan nozzle 1M dan juga filling strawberi.

10. Kemudian boleh piping dalam bomboloni.

11. Susun dengan kemas, taburkan dengan dengan snow powder.

12. Sedia untuk dinikmati.

 

Jumaat, 28 Jun 2024

Biskut Almond London @ Tiktok KakEcah





Bahan-bahan :

250 gram butter @ marjerin

60 gram gula aising

1 biji kuning telur

50 gram cornflakes kisar

1 sudu teh esen vanila

300 gram tepung gandum

Biji badam (dipanggang)

Coklat masakan

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati butter dengan gula aising.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan cornflakes yang telah dikisar.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Uli hingga menjadi doh yang lembut.

6. Ambil sedikit doh, masukkan badam panggang. Kemaskan doh.

7. Kemudian bolehlah dibakar hingga masak.

8. Setelah sejuk, celupkan dengan coklat masakan yang dicairkan.

9. Taburkan di atasnya dengan badam yang dipotong kecil.

10. Biarkan sehingga coklat keras. Sedia untuk dihidang.

 

Cara Panggang Badam

1. Bakar dalam ketuhar pada suhu rendah selama 1 jam 30 minit.

2. Setiap 30 minit, kacau-kacau dan terbalikkan badam.

 

Biskut Semperit Cik Ani (Facebook)







Bahan-bahan :

2 ½ cawan tepung gandum

1 ½ cawan tepung kastard

1 cawan tepung jagung

1 cawan gula aising

250 gram buttercup

2 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanila

Ceri secukupnya

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati buttercup dan gula aising menggunakan senduk.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Tekan adunan dengan acuan semperit pecah 15.

6. Letak ceri merah di tengah biskut.

7. Bakar pada suhu 180oC selama 20 minit atau bergantung pada jenis ketuhar.