Bahan-bahan
:
1 biji buah oren
1 cawan minyak
1 ½ cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum (diayak bersama baking powder)
1 sudu besar baking powder (diayak)
Pewarna oren
Cara
Membuatnya :
1. Parut sedikit kulit oren.
Jangan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kek menjadi pahit. Cukuplah
sedikit untuk memberikan aroma yang harum. Ketepikan dahulu.
2. Oren dipotong, di buang biji
dan urat putih ditengah-tengah, kemudian oren di potong kecil-kecil.
3. Masukkan dalam blender bersama
minyak, gula dan telur dan kisar sehingga halus.
4. Tuangkan bahan-bahan kisar ke dalam
mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Masukkan sedikit pewarna
oren beserta parutan kulit oren tadi. Kacau hingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang yang
sudah digriskan dengan minyak.
6. Bakar pada suhu 170°C selama
40 minit hingga 1 jam atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
Sumber : iresepi