Bahan-bahan
:
4 biji pisang emas atau pisang berangan
3 biji telur
1 ¾ cawan tepung naik
sendiri
¼ cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
½ cawan minyak
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
3 sudu besar coklat chip (ikut suka anggarannya)
Cara
Membuatnya :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan pisang yang sudah dilenyek bersama sedikit garam.
3. Ayak tepung naik sendiri, tepung jagung dan soda bikarbonat
bersama.
4. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul
hingga rata.
5. Masukkan minyak dan kacau hingga semuanya sebati atau
bercampur.
6. Akhirnya, masukkan coklat chip dan kacau rata.
7. Tuang dalam acuan yang telah disapu dengan minyak.
8. Bakar dalam suhu 200 oC
selama 1 jam atau sehingga masak.