Bahan Untuk Membuat Jus @ Kordial Roselle :
30 biji roselle (kopek kelopak, buang biji dan cuci bersih)
2 liter air
5 cawan gula kasar
Cara Membuat Jus @ Kordial Roselle :
1. Masukkan kelopak roselle yang telah dicuci bersih ke dalam
periuk bersama air.
2. Panaskan atas api dan masukkan gula, gaulkan sehingga gula
cair.
3. Biarkan menggelegak dan renehkan selama 20 minit dengan api
sederhana.
4. Tutup api dan tapiskan air roselle.
5. Tinggalkan sedikit air untuk dikisar bersama kelopak bunga tadi untuk dibuat jem.
6. Biarkan sejuk disuhu bilik baru disimpan dalam botol yang
sesuai.
7. Jika hendak membancuhnya, hanya masukkan sedikit air dan
ketul ais secukupnya.
Bahan
Untuk Membuat Jem Roselle
Kelopak roselle yang direbus tadi bersama sedikit airnya.
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air
Cara Membuat
Jem Roselle :
1. Kisarkan kulit roselle yang ditoskan tadi sehingga lumat.
2. Tuang dalam kuali, panaskan roselle sehingga sedikit
kering.
3. Bancuh tepung jagung bersama 4 sudu besar air. Kacau hingga
sekata.
4. Tuang adunan tepung jagung tadi supaya adunan lebih pekat.
5. Gaul sebati dan renehkan dalam 10 minit.
6. Simpan dalam balang kaca dan sejukkan dalam peti sejuk.
7. Boleh disapu pada roti atau membuat filling untuk pelbagai
hidangan.