Selasa, 31 Mei 2011

Lompang

Kuih Lompang 

Bahan-bahan :

2 cawan tepung beras
4/5 cawan gula merah
1/5 cawan gula putih
4 cawan air
½ sudu teh kapur sirih
½ biji kelapa muda parut
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Masak gula merah dan gula putih bersama 2 cawan air. Sejukkan.

2. Bancuhkan tepung, kapur sirih bersama air lebihan tadi.

3. Masukkan air gula yang dimasak tadi. Kacau hingga rata.

4. Pastikan kesemua air yang dimasukkan adalah empat cawan sahaja termasuklah air gula. Jika tidak kuih akan menjadi lembut.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bolehlah dikukus sehingga masak.

6. Apabila telah sejuk, potong dan salut bersama kelapa parut yang telah dimasukkan sedikit garam.

7. Sedia untuk dihidang.

Ahad, 15 Mei 2011

Kuih Keria


Kuih Keria

Bahan-bahan :

Ubi kayu atau ubi keledek
Tepung gandum
Gula secukup rasa
Sedikit air
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

Rebus ubi sehingga empuk dan masukkan sedikit garam. Buangkan air rebusan. Kemudian, lenyek ubi sehingga hancur.

Masukkan sedikit air garam dan tepung sedikit demi sedkit. Gaul hingga sebati. 

Masukkan tepung sehingga adunan dapat dibentuk. Tepung tidak boleh berlebihan kerana boleh menyebabkan kuih menjadi keras. Cukuplah sekadar adunan boleh dibentuk.

Buat bentuk seperti kuih donut. Kemudian bolehlah digoreng. 

Di dalam kuali yang lain, masak gula pasir bersama sedikit air hingga gula hancur dan agak pekat.

Masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi dan kacau sebati hingga semua permukaan kuih terkena air gula.

Sedia untuk dihidang.

Ikan Masak Pindang

Ikan Masak Pindang

Bahan-bahan :


Ikan
2 batang serai
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Garam
2 biji cili
3 keping asam keping


Cara membuatnya :


Buka api, masukkan air secukupnya di dalam periuk. 

Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dihiris, garam dan asam keping. 

Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tunggu hingga mendidih. 

Setelah itu, masukkan ikan. Tunggu hingga ikan masak. 

Sedia untuk dihidang.