Rabu, 16 November 2011

Kek Batik Koko


Kek Batik Koko

Bahan-bahan : 


600 gram biskut marie (dipatah 4)
250 gram mentega
4 biji telur gred A (pukul sedikit)
3/4 tin kecil susu pekat manis atau (1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
1/3 cawan serbuk koko
1/3 cawan air
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil nescafe

Cara Membuatnya : 


Pertama sekali, griskan loyang 9 x 9 x 3 inci dengan mentega sehingga rata dan ketepikan.

Campurkan kesemua bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul hingga rata.

Kemudian tuang atau cedukkan adunan ke dalam loyang dan tekan padat dan rata dengan sudip.

Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 1 hingga 2 jam. Bila hendak makan keluarkan lebih kurang 1 atau 2 jam, kek akan menjadi lebih lembut untuk dipotong.

Biskut Pandan Sweet


Biskut Pandan Sweet

Bahan-bahan : 


1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
1 sudu teh perisa pandan
1 biji telur
¼ cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
Coklat putih
Coco rice

Cara Membuatnya : 


Putar marjerin dan gula halus hingga kembang. Masukkan perisa pandan dan telur. Pukul lagi.

Seterusnya, masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati.
Kemudian, canai adunan dan tekan dengan menggunakan acuan bunga. Bolehlah dibakar hingga masak.

Setelah itu, masak coklat putih dan tuangkan sedikit coklat ditengah-tengah kuih tersebut dan taburkan coco rice.

Biskut Makmur Berunai


Biskut Makmur Berunai

Bahan-bahan : 


500 gram tepung gandum
Kacang tanah (digoreng tanpa minyak dengan api yang perlahan sehingga masak)
Gula halus secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara Membuat Intinya : 


Mesin kacang tanah sehingga halus. Kemudian, masukkan sedikit gula halus ke dalamnya. Gaul hingga sebati. 

Cara Membuat Tepungnya :


Panaskan minyak masak ke dalam periuk. Kemudian, tuangkan minyak yang panas tersebut ke dalam tepung. Gaul tepung hingga sebati dan boleh dibentuk.

Setelah itu, bentukkan adunan tepung tersebut berbentuk bulat dan masukkan sedikit kacang tadi sebagai inti. Tutup semula.

Bolehlah dibakar hingga masak. Akhir sekali, golekkan dengan gula hingga putih. Pastikan semasa menggolek, kuih tersebut masih panas jika tidak gula tidak dapat melekat di permukaan kuih.