Isnin, 22 September 2014

Pulut Kuning

Pulut Kuning

Bahan-bahan :

1 kg beras pulut
2 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Basuh beras pulut dan rendamkan dengan serbuk kunyit yang telah dibancuh selama 4 atau 5 jam.

2. Tuskan dan masukkan ke dalam kukusan yang berlubang. Kukus sehingga naik wap.

3. Campurkan santan dengan gula dan garam. Kacau sebati.

4. Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tuangkan santan dan kacau rata.

5. Masukkan semula pulut dalam kukusan bersama daun pandan dan kukus lagi sehingga naik wap.

6. Keluarkan pulut dan tekan dalam acuan atau loyang.

7. Potong dan hidangkan bersama kari, serunding dan sebagainya.


Nota :

Jika pulut kurang lembut, boleh tambahkan sedikit santan lagi.

Rabu, 17 September 2014

Serimuka Pandan

Serimuka Pandan

Serimuka Pandan

Bahan A (Lapisan Bawah) :

2 cawan beras pulut
2 ½ cawan santan cair (½ biji kelapa)
½ sudu teh garam


Bahan B (Lapisan Atas) :

2 cawan santan pekat
½ cawan air tapisan pandan (4 helai daun pandan)
1 sudu teh pewarna hijau
½ cawan gula pasir
½ cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh garam


Cara Membuatnya :

1. Basuh beras pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.

2. Masukkan bahan A ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.

3. Lapikkan plastik ke dalam loyang bulat ataupun empat segi berukuran 8 inci.

4. Tekan pulut yang sudah dimasak tadi supaya mampat dan cantik.

5. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk dan kacau rata. Kemudian tapiskan.

6. Masukkan di dalam kuali tidak lekat dan panaskan sekadar suam-suam kuku.

7. Tuangkan perlahan-lahan di atas pulut tadi. Kukus selama 30 minit.

8. Sejukkan dahulu, kemudian potong dan sedia dihidangkan.

Bubur Barli

Bubur Barli

Bahan-bahan :

2 cawan barli
Gula pasir secukup rasa
Santan
Sedikit garam
Dua helai daun pandan (disimpul)
Air


Cara Membuatnya :

1. Basuh dan rendam barli selama beberapa jam.

2. Rebus barli sehingga betul-betul kembang dan empuk.

3. Masukkan gula secukup rasa.

4. Masukkan santan, daun pandan dan sedikit garam.

5. Jika suka boleh masukkan sedikit susu cair.

6. Masak sehingga mendidih  dan sedia untuk dihidang.