Sabtu, 25 Oktober 2014

Kek Coklat Tanpa Telur

Kek Coklat Tanpa Telur

Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : 

1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko*
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula halus
1/3 cawan minyak masak sayuran @ minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas @ nescafe
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil cuka @ jus lemon


Cara Membuatnya :

1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 oC.

2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.

3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu @ spatula. Pastikan air kopi betul-betul panas.

4. Masukkan cuka dan terus kacau serta-merta selama 20 saat.

5. Tuangkan cepat-cepat adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).

6. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong.


Nota:

1. Gunakanlah cawan dan sudu metrik untuk menyukat bahan-bahan.

2. Fungsi cuka antaranya adalah untuk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

3. Sukatan atau resipi ini adalah untuk satu loyang kecil sahaja.

4. Sumber resipi daripada blog DayangJack.

Bubur Jagung Lemak Manis

Bubur Jagung Lemak Manis

Bahan-bahan :

5 tongkol jagung manis (dihiris)
Gula putih
Santan
Sedikit susu cair
Daun pandan (diikat)
Sagu
Sedikit garam (untuk rasa lemak)


Cara Membuatnya :

1. Isi jagung direbus sehingga masak.

2. Masukkan gula secukup rasa dan biarkan sebentar.

3. Masukkan santan, daun pandan, susu cair dan garam. Tunggu hingga mendidih.

4. Akhir sekali, masukkan sagu dan tunggu hingga sagu masak.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Khamis, 16 Oktober 2014

Cara Membuat Sos Cili di Rumah

sos cili

Bahan-bahan :

100 gram cili kering (dibersihkan dan dibuang biji)
300 gram gula
Garam mengikut rasa
30 gram bawang putih
30 gram tepung ubi @ kanji ubahsuai
Air
½ cawan cuka


Cara Membuatnya :

1. Cili kering dibersihkan dan dibuang bijinya, rendam semalaman.

2. Bawang putih yang telah dibersihkan dihancurkan bersama cili yang telah direndam dengan menggunakan mesin pengisar.

3. Masukkan campuran yang telah dikisar ke dalam periuk dan panaskan sehingga hilang bau cili.

4. Masukkan garam dan kacau rata-rata.

5. Masukkan gula yang telah dicampur dengan tepung ubi @ kanji ubahsuai. Kacau rata-rata.

6. Didihkan sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki. Masukkan cuka dan kacau lagi.

7. Angkat dan isikan ketika panas ke dalam botol yang bersih.

8. Tutup botol segera dan sejukkan.