Selasa, 19 Jun 2018

Popia Super Ring

Popia Super Ring

Popia Super Ring


Bahan-bahan :

1 paket besar kulit popia
2 paket besar keropok Super Ring (dihancurkan @ dimesin)
Tepung gandum
Air


Cara Menggulung Kulit Popia :

1. Bancuh tepung gandum bersama sedikit air sebagai gam kulit popia.

2. Ambil kulit popia dan gunting menjadi dua bahagian agar popia lebih ranggup.

3. Gulung kulit popia dengan menggunakan chop stick @ straw @ lidi.

4. Di hujung kulit popia gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi.

5. Selepas semuanya siap digulung, gunting mengikut kesukaan anda.

6. Goreng kulit popia hingga kekuningan.

7. Sejat minyak pada kulit popia dan biarkan ia sejuk.

8. Salut kulit popia dengan keropok Super Ring yang telah dihancurkan.

9. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

Biskut Peanut Butter Nestum





Bahan-bahan :

1 cawan buttercup
3/4 cawan gula merah lembut
1 sudu teh esen vanila
3/4 cawan peanut butter
1 cawan Nestum
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya
Kismis


Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup dengan gula merah lembut hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan peanut butter. Kacau sebati.

3. Masukkan Nestum, tepung kastard dan tepung jagung.

4. Masukkan tepung gandum secukupnya hingga menjadi doh.

5. Bentukkan biskut dan letakkan kismis di atasnya sebagai hiasan.

6. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

Isnin, 18 Jun 2018

Biskut Tat Nanas Susu Gold Azlina Ina





Sumber Resipi :
Facebook Azlina Ina

Bahan-bahan :

1 cawan butter
3 sudu besar besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning
3 ¼ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard


Cara Membuatnya :

1. Campurkan butter, susu, minyak sapi, kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning.

2. Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu.

3. Masukkan satu cawan tepung gandum ke dalam adunan butter.

4. Letakkan juga tepung jagung dan tepung kastard. Kacau rata.

5. Kemudian tuang baki tepung sedikit demi sedikit.

6. Uli dalam 3 minit sehingga menjadi doh yang lembut dan cantik.

7. Terap ikut acuan kesukaan, isi jem dan gulung.

8. Sapu dengan kuning telur yang ditambah sedikit pewarna kuning.

9. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 170oC selama 15 minit.