Khamis, 4 Mac 2021

Kuih Keria Gula Melaka







Bahan Untuk Kuih :

500 gram ubi keledek manis

1 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung beras

½ sudu teh baking powder

Garam

 

Bahan Untuk Gula Melaka :

½ cawan gula melaka

1 sudu besar gula merah lembut @ gula perang

¼ cawan air

 

Cara Membuat Kuih :

1. Kupas ubi keledek, potong kecil dan rebus sehingga empuk.

2. Masukkan garam secukup rasa dan tutup api. Toskan airnya.

3. Lenyekkan keledek sehingga hancur.

4. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan baking powder.

5. Gaul hingga boleh dibentuk.

6. Jika masih lembut, boleh tambahkan tepung gandum.

7. Bentukkan bulat-bulat dan lubangkan di tengah.

8. Goreng dengan minyak sederhana panas sehingga masak.

 

Cara Memasak Gula Melaka :

1. Masukkan air, gula melaka dan gula perang ke dalam kuali.

2. Masak sehingga pekat dengan api perlahan.

3. Kemudian masukkan kuih keria yang digoreng tadi.

4. Gaulkan sehingga semua kuih terkena air gula.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

 

Sabtu, 27 Februari 2021

Cendawan Enoki Goreng Tepung Bestari





 

Bahan-bahan :

2 bungkus cendawan enoki

1 biji telur (pukul ringan)

Tepung goreng rangup serbaguna Bestari

Minyak masak secukupnya

 

Cara Membuatnya :

1. Potong akar cendawan enoki.

2. Leraikan ia, basuh dan toskan airnya.

3. Gaul cendawan enoki dengan telur hingga rata.

4. Golekkan atas tepung serbaguna.

5. Goreng dalam minyak terendam dan api yang panas.

6. Angkat apabila sudah masak atau berwarna kuning keemasan.

 

Nota :

Kudapan ringan ini juga sedap dicicah dengan sos cili, mayonis atau dimakan begitu sahaja.

 

Ahad, 21 Februari 2021

Resipi Roti Cikgu Dinde (Bread Maker)

 
 





Bahan-bahan : 

200 gram air 

1 biji telur gred B 

80 gram gula

500 gram tepung high protein

30 gram marjerin

30 gram shortening

1 sudu kecil garam

10 gram super cream (krim pelembut)

11 gram yis kering


Sapuan Atas Roti :

Kuning telur @ susu sejat @ susu segar 

Pewarna kuning telur

 

Cara Membuatnya :

1. Pertama sekali masukkan air ke dalam bread maker.

2. Pastikan masukkan cecair dahulu ke dalam bread maker agar mudah proses menguli. 

3. Masukkan telur, gula, marjerin, shortening, garam dan juga super cream.

4. Kemudian boleh masukkan tepung high protein.

5. Akhir sekali baru masukkan yis kering.

6. Yis kering tak boleh bercampur dengan garam kerana ia akan melemahkan yis.

7. Uli sehingga 30 minit guna bread maker dan jika guna tangan selama 1 jam tanpa henti.

8. Uli sehingga elastik dan tak lekat di tangan.

9. Kemudian boleh bentukkan roti dan letak inti yang digemari.

10. Untuk membuat sapuan atas roti, pukul manja telur dan letak sedikit pewarna kuning.

11. Sapukan permukaan roti dengan campuran kuning telur tadi.

12. Bakar selama 15 minit dengan suhu 170 @ 180 darjah bergantung pada ketuhar masing-masing.