Ahad, 7 Mac 2021

Cara Membentuk Roti Red Bean Bunga Gunting

 
Timbang doh 50 gram.
 
 
 
Timbang inti kacang merah sebanyak 25 gram (setengah doh roti) dan bulatkan. 
Buat mangkuk pada doh dan masukkan inti kacang merah.
 

 
Masukkan dalam paper cup dan tekan sikit.
 
 
 
Gunting doh seperti dalam gambar.
 

 
Letak kuning telur dan taburkan bijan hitam.

 
Roti Red Bean Bunga Gunting 
 
Nak resipi roti?
 Klik di sini
 

Sabtu, 6 Mac 2021

Air Koktel (Longan, Nata de Coco dan Jelly)

 
 
 



Bahan-bahan :

1 ½ tin susu cair

Nata de coco perisa strawberi (saiz kecil)

1 tin longan

1 bungkus jelly buah-buahan (potong dua atau empat)

Secubit garam

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas.

2. Masukkan bersama air longan dan juga air nata de coco.

3. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan ketul ais secukupnya.

5. Sedia untuk dinikmati.

 

Khamis, 4 Mac 2021

Kuih Keria Gula Melaka







Bahan Untuk Kuih :

500 gram ubi keledek manis

1 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung beras

½ sudu teh baking powder

Garam

 

Bahan Untuk Gula Melaka :

½ cawan gula melaka

1 sudu besar gula merah lembut @ gula perang

¼ cawan air

 

Cara Membuat Kuih :

1. Kupas ubi keledek, potong kecil dan rebus sehingga empuk.

2. Masukkan garam secukup rasa dan tutup api. Toskan airnya.

3. Lenyekkan keledek sehingga hancur.

4. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan baking powder.

5. Gaul hingga boleh dibentuk.

6. Jika masih lembut, boleh tambahkan tepung gandum.

7. Bentukkan bulat-bulat dan lubangkan di tengah.

8. Goreng dengan minyak sederhana panas sehingga masak.

 

Cara Memasak Gula Melaka :

1. Masukkan air, gula melaka dan gula perang ke dalam kuali.

2. Masak sehingga pekat dengan api perlahan.

3. Kemudian masukkan kuih keria yang digoreng tadi.

4. Gaulkan sehingga semua kuih terkena air gula.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.