Isnin, 16 Mei 2022

Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Resipi Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Resipi Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Resipi Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Resipi Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Resipi Cornflakes Caramel Susu Azlina Ina

Bahan-bahan :

125 gram butter

½ cawan gula perang

½ cawan susu pekat manis

320 gram cornflakes


Cara Membuatnya :

1. Cairkan butter, gula perang dan juga susu pekat manis dengan api yang kecil.

2. Masak sampai gula cair dan berbuih sedikit. Tutup api.

3.Tunggu sekejap bagi suhunya turun sebelum dicurahkan dalam cornflakes.

4. Gaul rata dan pastikan semua cornflakes disalut dengan karamel tadi.

5. Masukkan dalam papercup dan bakar suhu 160-170 selama 5 minit.

6. Boleh bakar lama sikit bagi keperangan agar lebih rangup.

 

Nota :

1. Guna tangan untuk masukkan cornflakes dalam papercup kerana lebih mudah berbanding menggunakan sudu.

2. Selain itu, guna tangan lebih senang untuk padatkan isinya.

3. Rasa cornflakes ini yang lemak manis masin (caramel ala garret popcorn).

4. Sukatan ini sedang elok. Cornflakes melekat antara satu sama lain tetapi mudah tanggal dari papercup dan tak melekit.

 

Sabtu, 14 Mei 2022

Tart Nenas Melting Pandan Coconut Azlina Ina

Resipi Tart Nenas Melting Pandan Coconut Azlina Ina

Resipi Tart Nenas Melting Pandan Coconut Azlina Ina

Resipi Tart Nenas Melting Pandan Coconut Azlina Ina

Tart Nenas Melting Pandan Coconut Azlina Ina

Tart Nenas Melting Pandan Coconut Azlina Ina


Bahan-bahan :

250 gram butter salted

1 sudu besar esen pandan coconut

1 sudu kecil pewarna hijau epal

1 biji kuning telur

5 sudu besar susu pekat manis

½ cawan susu tepung  

½ cawan tepung jagung

Tepung gandum secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Satukan butter, esen pandan coconut dan pewarna hijau dalam bekas.

2. Letakkan juga kuning telur serta susu pekat manis. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan susu tepung dan gaul lagi

4. Kemudian, masukkan tepung jagung.

5. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh.

6. Sediakan jem nenas yang sudah digentel.

7. Masukkan sikit adunan doh ke dalam acuan tart, tekan nipis.

8. Letak jem dan gulungkan. Sapu kuning telur dan tabur kelapa kering di atasnya.

9. Bakar pada suhu 170oC selama 25 minit atau bergantung pada oven.

 

Sabtu, 7 Mei 2022

Homemade Jem Nenas

Cara Membuat Jem Nenas di Rumah

Cara Membuat Jem Nenas di Rumah

Cara Membuat Jem Nenas di Rumah

Bahan-bahan :

3 biji nenas (jangan yang masak sangat)

125 gram gula batu @ separuh plastik

500 gram gula kasar

2 helai daun pandan (disimpul)

1 batang kulit kayu manis

Sedikit garam (untuk melemakkan)

 

Cara Membuatnya :

1. Potong dan buang bahagian tengah nenas yang keras.

2. Kemudian kisar nenas yang telah dipotong.

3. Sejat sedikit airnya jika terlalu banyak air atau jusnya.

4. Masukkan dalam kuali nenas yang dikisar.

5. Masukkan juga gula pasir, gula batu, garam, kulit kayu manis dan daun pandan.

6. Masak sehingga kering.

7. Sedia digunakan untuk membuat biskut, kek dan sebagainya.