Ahad, 11 Jun 2023

Homemade Aiskrim Milo Tabur

 Homemade Aiskrim Milo Tabur

Homemade Aiskrim Milo Tabur

Homemade Aiskrim Milo Tabur

Homemade Aiskrim Milo Tabur

Bahan-bahan :

1 tin susu cair

¼ tin susu pekat @ secukup rasa

Milo secukupnya

1 sudu besar ovalette

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan ke dalam mixer susu cair, susu pekat dan ovalette.

2. Masukkan juga serbuk milo secukup rasa dan warna.

3. Pukul selama 20 minit sehingga menjadi dua kali ganda.

4. Tuangkan dalam bekas dan taburkan milo secukupnya.

5. Bekukan dalam peti ais, sedia untuk dinikmati.

 

Isnin, 1 Mei 2023

Biskut Kelapa Tradisi

Biskut Kelapa Tradisi

Biskut Kelapa Tradisi

Biskut Kelapa Tradisi

Biskut Kelapa Tradisi

Bahan-bahan :

2 cawan kelapa parut yang telah disangai menjadi garing macam nak buat kerisik

2 ½ cawan cawan tepung ubi kayu @ 250 gram (disangai)

1 ½ cawan tepung gandum @ 150gram (disangai)

1 cawan gula halus

1 ketul buttercup @ 250gram

1 biji kuning telur

Sedikit esen vanila

 

Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup dan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur serta esen vanila dan kacau lagi.

3. Masukkan kelapa parut yang telah disangai sehingga garing tadi.

4. Masukkan tepung ubi kayu dan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Uli sehingga sebati dan menjadi doh.

6. Tekan dengan acuan bulan sabit atau mengikut bentuk yang digemari.

7. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

 

Ahad, 30 April 2023

Semperit Klasik (Sarmilia)

Semperit Klasik (Sarmilia)

Semperit Klasik (Sarmilia)

Semperit Klasik (Sarmilia)

Semperit Klasik (Sarmilia)

Semperit Klasik (Sarmilia)

Bahan-bahan :

1 ketul @ 250 gram mentega

½ cawan gula aising

½ cawan tepung kastard

½ cawan tepung gandum

2 cawan tepung jagung

2 sudu besar susu pekat

1 sudu kecil esen vanilla

Ceri secukupnya

 

Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dengan gula aising sehingga kembang.

2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum.

5. Tekan menggunakan acuan semperit dan letak ceri di tengah.

6. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.