Sambal Tumis Ikan Bilis

Isnin, 18 Februari 2013

Sambal Tumis Ikan Bilis


Bahan-bahan :

Ikan bilis
1 piring cili kering
8 ulas bawang merah
Air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa


Cara Memasak Sambal :

1. Mesin cili kering bersama bawang merah sehingga hancur.

2. Ikan bilis dibersihkan dan digoreng. Masak hingga separuh masak. Ketepikan.

3. Tumis bahan yang dikisar sehingga masak dan naik minyak.

4. Setelah itu, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau hingga sebati.

5. Masukkan air asam jawa secukupnya beserta garam dan gula.

6. Tunggu hingga mendidih dan kuah agak pekat. Tutup api.

7. Sedia untuk dihidang bersama nasi.

1 ulasan:

  1. Bagus..resepi sgt ringkas. saya dah print out resepi apam pink. Nanti saya dah cuba, saya comment lagi

    BalasPadam