Bahan-bahan :
1 ¾ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1/5 sudu teh garam
Pewarna merah
Cara Membuatnya :
1. Tepung gandum dan tepung ubi diayak bersama. Gula dan santan dikacau sehingga gula larut sepenuhnya.
2. Masukkan tepung ke dalam santan tadi. Kacau rata supaya tidak bergentel. Masukkan garam.
3. Adunan tepung dibahagikan dua iaitu satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian lagi diwarnakan merah.
4. Panaskan air kukusan sehingga mendidih. Letakkan loyang di dalam periuk kukus.
5. Masukkan sesenduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan selama 3 minit.
5. Masukkan sesenduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan selama 3 minit.
6. Masukkan pula sesenduk adunan merah. Ulang langkah ini berselang-seli antara putih dan merah sehingga adunan habis.
7. Kukus selama 20 minit lagi. Setelah sejuk bolehlah dipotong .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan