Bahan Untuk Lapisan Bawah :
800 gram ubi kayu (diparut dan
ditoskan airnya)
Sedikit garam
1 ½ cawan santan @ secukupnya
Bahan Untuk Lapisan Atas :
1 ½ cawan tepung beras
1 cawan gula merah
2 ¾ cawan santan
3 sudu besar gula pasir
Sedikit garam
Cara Membuat Lapisan Bawah :
1. Campurkan sedikit garam di
dalam santan. Kacau hingga garam larut.
2. Seterusnya, masukkan air
santan tadi ke dalam ubi kayu yang diparut.
3. Sapukan loyang dengan sedikit
minyak dan masukkan ubi.
4. Kukus hingga masak.
Cara Membuat Lapisan Atas :
1. Masak gula merah bersama 1
cawan santan sehingga gula merah larut. Sejukkan.
2. Bancuh tepung beras bersama
santan dan juga air gula merah. Masukkan juga gula pasir dan sedikit garam. Kacau
hingga sebati.
3. Apabila bahagian bawah sudah
masak, tuangkan adunan ini. Kukus lagi sehingga masak.
4. Sejukkan dan kemudian bolehlah
dipotong. Sedia untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan