Lepat Labu Kuning |
Bahan-bahan
:
½ biji labu kuning
8-10 sudu besar gula
3 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
Santan secukupnya
Sedikit garam
Daun pisang (dilayurkan)
Cara
Membuatnya :
1. Rebus labu sehingga empuk dan dilenyekkan di dalam bekas.
2. Masukkan gula, sedikit garam, tepung gandum dan tepung
beras.
3. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Kacau hingga semuanya
sebati.
4. Santan dimasukkan secukupnya iaitu tidak terlalu pekat atau
terlalu cair.
5. Ambil dua sudu besar adunan dan letakkan di tengah-tengah
daun pisang.
6. Bungkus dengan kemas dan kukus sehingga masak. Sedia untuk
dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan