Untuk mendapatkan
agar-agar yang lembut seperti yang dikehendaki adalah amat sukar. Hal ini
kerana apabila ianya telah mengeras, semuanya sudah terlambat dan tidak boleh
berbuat apa-apa lagi. Di sini ada petua untuk mendapatkan agar-agar yang lembut
dan mempunyai rasa manis yang dikehendaki. Seperti yang kita tahu, agar-agar
apabila telah mengeras, akan berubah rasanya dan ini amat membimbangkan.
Caranya amat
mudah iaitu apabila agar-agar telah mendidih dan sedia untuk disejukkan,
sudukan sedikit agar-agar yang masih panas dengan menggunakan sudu logam. Masukkan
sudu yang berisi agar-agar itu ke dalam peti sejuk ditempat beku. Biarkan sehingga
agar-agar keras dan jangan sampai beku.
Apabila ianya
telah keras dan sejuk, keluarkan dan rasa agar-agar tersebut. Kita akan dapat
mengetahui sama ada agar-agar itu keras atau lembut. Selain itu, kita juga
dapat mengetahui rasanya sama ada kurang manis atau terlajak manis.
Jika masih
keras, kita boleh tambahkan air masak ke dalam agar-agar supaya ianya lembut
seperti yang dikehendaki. Gula juga boleh ditambah jika kurang manis. Oleh itu,
tiada masalah lagi dalam memasak agar-agar. Kita boleh mengetahui keadaannya sebelum
ianya sejuk sepenuhnya. Selamat Mencuba.
mak wan selalu masak agar2 terlebih guna..huhuhu...sori mak...ahahaha
BalasPadam