Dadih Jagung Coffeemate

Jumaat, 7 November 2014

Dadih Jagung Coffeemate

Dadih Jagung Coffeemate

Dadih Jagung Coffeemate

Bahan-bahan :

10 gram agar-agar serbuk (cap burung layang-layang)
14 cawan air @ 4200 ml
1 tin susu cair (400 ml)
200 gram coffeemate
1 ¾ cawan gula pasir  (mengikut citarasa)
Perisa jagung @ Bes minuman perisa jagung
1 keping asam gelugur
2 tongkol jagung (dihiris dan direbus)


Cara Membuatnya :

1. Didihkan air. Masukkan serbuk agar-agar dan pastikan agar-agar larut sepenuhnya.

2. Masukkan gula dan asam keping. Kacau hingga gula hancur.

3. Masukkan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.

4. Masukkan coffeemate sedikit demi sedikit. Pastikan tidak berketul-ketul.

5. Seterusnya, masukkan bes minuman perisa jagung.

6. Apabila telah mendidih, tutup api dan keluarkan asam keping.

7. Masukkan jagung yang telah direbus ke dalam bekas dan tuangkan dadih.

8. Biarkan ia sejuk sepenuhnya dan sedia untuk dinikmati.

4 ulasan:

  1. kalo yana, beli yang segera jer :p
    btw..wish me luck
    http://bilaakutravel.blogspot.com/2014/11/dream-trip-to-macau.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang selalu buat yang segera sahaja.. tetapi rasa teringin pula menghasilkan sendiri dari mula. Dapat lebih banyak :)

      Padam
  2. folow blog nabihah balik dan like facebook fan page blog nabihah terima kasih
    http://inibelognabihah.blogspot.com
    terima kasih

    BalasPadam