Apam Balik

Isnin, 24 Ogos 2015

Apam Balik

Apam Balik
Sumber Resipi :

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit marjerin untuk mengoles


Bahan Tabur :
 
Kacang tanah (goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar)
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Marjerin


Cara Membuatnya :

1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan soda bikarbonat, baking powder, air dan pewarna kuning.

3. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum.

4. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

5. Oleskan marjerin dipermukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat).

6. Tuangkan 1 senduk adunan (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.

7. Biarkan seketika dan taburkan kacang, jagung, gula dan marjerin.

8. Masak hingga garing dan sedia untuk dinikmati.

3 ulasan:

  1. terima kasih resepinya..lepas ni boleh buat sendiri je. tak payah beli dah. hehe

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    BalasPadam
  2. Sedapnya apam balik yang buat sendirikan



    Anak kerap sakit? BAGAIMANA TINGKATKAN ANTIBODI ANAK

    BalasPadam