Kuih Dorayaki

Khamis, 27 Ogos 2015

Kuih Dorayaki

Kuih Dorayaki

Kuih Dorayaki

Bahan-bahan :

100 gram tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
50 gram gula kastor @ gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Inti kacang merah secukupnya (macam inti pau)


Cara Membuatnya :

1. Masukkan telur dan gula ke dalam mixer dan pukul sehingga kembang.

2. Masukkan madu, minyak dan esen vanila. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak ke dalam adunan tadi.

4. Kacau adunan secara kaup balik dengan spatula. Jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit susu segar atau susu cair (lebih kurang dalam 1-2 sudu besar).

5. Panaskan non-stick pan di atas api kecil. Masukkan ¼ cawan adunan ke dalam kuali. Adunan sepatutnya akan melebar dan membulat dengan sendiri.

6. Biarkan adunan masak sehingga berwarna perang, kemudian terbalikkan adunan tadi untuk masak bahagian yang satu lagi.

7. Buat sehingga habis semua adunan dimasak.

8. Sudukan sedikit kacang merah di tengah sekeping kuih, tutup dengan satu keping kuih lagi.

9. Tekan dengan tangan perlahan-lahan untuk meratakan inti kacang merah.

10. Sedia untuk dihidang dan dinikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan