Bahan Yang Diperlukan :
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
½ cawan gula pasir
1 cawan milo
4 biji telur
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum (boleh kurangkan 2 sudu)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Cara
Membuat Kek Milo Kukus Moist :
1. Campurkan susu cair, susu pekat, gula pasir, milo dan
minyak di dalam periuk.
2. Masak di atas api bahan tersebut dengan api yang perlahan.
3. Hendaklah dikacau selalu sehingga semuanya sebati. Tutup
api dan sejukkan.
4. Pukul telur hingga kembang dan gebu.
5. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda
bikarbonat.
6. Masukkan bahan yang dimasak berselang-seli dengan tepung.
Sebatikan.
7. Lapikkan loyang dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalam
loyang.
8. Kukus sehingga masak dan sedia untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan