Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Sabtu, 4 September 2021

Snow Cheese Cake @ Kek Keju Salji

 

 





Bahan-bahan Kek :

5 biji telur gred A

80 gram gula kastor

100 gram tepung gandum

50 gram tepung jagung

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar baking powder

50 gram susu full cream

1 sudu besar ovallet

80 gram minyak jagung

 

Topping Cheese :

250 gram cream cheese

120 gram susu pekat

30 gram whipping cream

Cheese cheddar (diparut)

 

Barang Lain :

Loyang saiz 8

Baking paper

 

Cara Membuat Kek :

1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder. Ketepikan.

2. Putar telur dan juga gula kastor hingga kembang dan gebu.

3. Masukkan avallet dan putar lagi bagi kembang.

4. Masukkan esen vanilla dan susu full cream.

5. Kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Putar bagi sebati.

6. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk.

7. Tuangkan minyak ke dalam adunan mangkuk tadi. Kacau sampai sebati.

8. Tuangkan adunan yang dikacau dengan minyak ke dalam adunan kek tadi.

9. Kacau perlahan dengan menggunakan senduk hingga semuanya sebati.

10.  Lapik loyang dengan baking paper di bawah dan tepi loyang. Tuangkan kek ke dalam loyang.

11. Untuk elak kek dari berongga, hentak kek dengan perlahan. Ambil lidi dan kacaukan agar tidak berongga di tengah.

12. Panaskan ketuhar terlebih dahulu, bakar pada suhu 140 selama 30 minit atau mengikut ketuhar masing-masing.

 

Cara Membuat Topping Cheese :

1. Putarkan cream cheese dahulu sehingga kembang.

2. Masukkan susu pekat dan juga whipping cream.

3. Putar lagi hingga semuanya sekata.

4. Masukkan ke dalam piping bag.

 

Cara Mendeko Kek :

1. Apabila kek sudah masak, terus keluarkan kek dari loyang.

2. Kemudian sejukkan terlebih dahulu.

3. Potong kek kepada dua bahagian.

4. Ambil topping cheese, piping dan ratakannya. Tutup kek kembali.

5. Kemudian salutkan kek dengan cream cheese tadi juga.

6. Masukkan sekejap dalam peti ais agar cream agak keras.

7. Kemudian, taburkan dengan parutan cheese cheddar di sekeliling kek.

8. Sejukkan dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.

 

Isnin, 12 Julai 2021

Kek Pandan Bersantan







Bahan-bahan :

5 biji telur gred A

2 cawan tepung kek

1 cawan gula halus @ gula kastor

200 ml santan kotak

2 sudu makan susu pekat

1 sudu ovalette

Emulco pandan

Pewarna hijau

 

Cara Membuatnya :

1. Putar telur dan gula sampai kembang, berbuih dan berwarna putih.

2. Masukkan susu dan ovalette, putar lagi hingga adunan kembang serta gebu.

3. Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Nak kaup balik pun boleh.

4. Akhir sekali masukkan santan, emulco pandan dan pewarna hijau. Sebatikan.

5. Lapik loyang saiz 8x8 dengan baking paper dan sapukan marjerin.

6. Tuangkan adunan dalam loyang dan hentakkan sedikit sahaja.

7. Panaskan ketuhar selama 5 hingga 10 minit.

8. Bakar pada suhu 160 selama 40 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.

 

Nota :

1. Pastikan pukul sampai kembang dan betul-betul gebu adunan untuk menghasilkan kek yang gebu gebas.

2. Adunan yang baik, bila diangkat akan turun dalam keadaan agak perlahan dan berlipat-lipat.

3. Adunan jika terlebih kacau akan membuatkan kek merekah dan jika kurang kacau akan menjadi mendap (tidak naik).

 

Jumaat, 25 Disember 2020

Kek Nestum Azlina Ina





Bahan-bahan :

200 gram marjerin @ 1 cawan

150 gram gula perang @ 1 cawan lebih sedikit

Sedikit esen vanila

50 gram nestum original @ 2 peket saiz kecil

3 sudu besar susu pekat

160 gram tepung naik sendiri @ 1 ½ cawan

5 biji telur

 

Cara Membuatnya :

1. Putar marjerin dengan gula perang sampai kembang dan sebati.

2. Kemudian masukkan susu pekat dan esen vanila.

3. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.

4. Perlahankan pengadun, masukkan tepung naik sendiri.

5. Akhir sekali, baru masukkan nestum.

6. Lapik loyang dengan baking paper atau boleh juga sapu dengan minyak.

7. Tuang adunan ke dalam loyang dan panaskan ketuhar.

8. Bakar pada suhu 170 selama 45 hingga 55 minit api atas bawah.

9. Keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk dinikmati.

 

Nota :

Gunakan cawan minum kopi jika anda menggunakan sukatan cawan.

 

Kek Marble Coklat Susu Salina Ismail







Bahan-bahan :

¾ cawan gula kastor @ gula halus

¾ cawan buttercup

1 sudu besar ovalate

1 sudu esen vanila

4 biji telur gred A @ 5 biji telur gred C

¼ cawan @ 3 sudu besar susu pekat manis

¼ cawan @ 3 sudu besar minyak

1 ¾ cwn tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

2 sudu serbuk koko

1 sudu perwarna coklat dark emulco

 

Cara Membuatnya : 

1. Campur buttercup, gula kastor, esen vanila dan ovalate di dalam bekas.

2. Pukul atau putar sampai butter kembang putih gebu. Mulakan dengan speed perlahan dan seterusnya boleh guna speed laju selama 20 minit.

3. Kemudian, masukkan telur satu persatu. Putar lagi sampai adunan kembang dan berbuih-buih.

4. Seterusnya, masukkan susu pekat dan putar sekejap selama 3 minit.

5. Tambahkan minyak dan putar dalam 2 minit lagi.

6. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Guna speed paling perlahan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.

7. Apabila adunan sudah sebati, bolehlah bahagikan kepada dua bahagian. Satu adunan letakkan 2 sudu serbuk koko dan 1 sudu perwarna coklat dark emulco manakala satu adunan lagi biar warna asal.

8. Sapukan loyang dengan butter dan lapik dengan baking paper.

9. Cara nak buat corak belang-belang itu pula perlu tindankan adunan di tengah-tengah loyang berselang-seli warna. Mula dengan warna asal dan diikuti warna coklat dan warna asal semula. Buatlah seberapa banyak belang-belang.

10. Untuk langkah terakhir untuk mencantikkan kek, kita buat corak-corak di atasnya. Tompokkan dua tiga sudu adunan warna coklat dan lorekkan guna lidi. Loreklah bentuk bunga, daun-daun dan sebagainya ikut kreativiti.

11. Panas oven 10 minit sebelum bakar kek tadi. Bakar pada suhu 160oC api atas bawah ikut jenis oven masing-masing selama 45 minit.

12. Boleh cucuk dengan lidi nak pastikan kek sudah masak atau belum. Kalau lidi yang dicucuk keluar bersih bermakna kek sudah masak.

13. Keluarkan kek dari oven dan terbalikkan atas redai sekejap dan terbalikkan semula. Penting untuk elak kek dari mendap dan menurun.

 

Rabu, 18 Mac 2020

Kek Batik Nestum

Kek Batik Nestum

Kek Batik Nestum

Kek Batik Nestum

Kek Batik Nestum

Bahan-bahan :

600 gram biskut meri (patah 4)
250 gram buttercup
4 biji telur
1 cawan milo
1 cawan susu pekat
½ cawan serbuk koko
1 cawan nestum
1 cawan air masak


Cara Membuatnya :

1. Masukkan buttercup dalam kuali dan masak menggunakan api yang perlahan.

2. Kemudian masukkan milo, serbuk koko dan susu pekat.

3. Bila hendak mendidih, masukkan telur dan akhir sekali masukkan air.

4. Kacau hingga agak pekat dan tutup api.

5. Masukkan nestum dan juga biskut meri. Kacau sampai sebati.

6. Letakkan dalam loyang dan tekan sehingga mampat.

7. Simpan dulu dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum dimakan.

Ahad, 7 April 2019

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan

Bahan-bahan :

7 biji pisang emas
1 cawan minyak
¾  cawan gula pasir
2 cawan tepung berserbuk penaik @ tepung kek
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat hingga sekata. Ketepikan.

2. Blender gula, telur, minyak masak, pisang dan esen vanila hingga kembang.

3. Masukkan bahan blender tadi ke dalam bekas tepung dan gaul rata.

4. Sapukan loyang atau bekas dengan sedikit minyak agar kek tidak melekat.

5. Setelah itu, tuangkan adunan kek ke dalam bekas.

6. Bakar sehingga masak. Kek akan bertukar kehitaman.

7. Cucuk dengan lidi atau batang sudu untuk memastikan kek masak atau pun tidak.

8. Jika serpihan kek tidak melekat pada lidi, bermakna kek tersebut sudah masak.

9. Sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga.


Nota :

1. Jika tidak ada tepung berserbuk penaik, boleh gantikan dengan tepung gandum dan dicampur dengan 1 sudu teh baking powder.

2. Jika mahu lebih manis, masukkan  satu cawan gula. Jika mahu kurang manis boleh masukkan ½ cawan gula.