Bahan-bahan :
¾ cawan marjerin
½ cawan gula halus
¼ cawan minyak sapi
1 sudu teh esen vanila
½ cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
Tepung gandum secukupnya
Jem nanas secukupnya
Kuning telur (untuk sapu atas biskut)
Pewarna kuning
Cara Membuatnya :
1. Pukul marjerin, minyak sapi dan gula halus hingga kembang.
2. Masukkan esen vanila dan kacau sebati.
3. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung.
4. Masukkan tepung gandum secukupnya hingga menjadi doh.
5. Terap ikut acuan kesukaan, letakkan jem dan gulung.
6. Sapu dengan kuning telur yang ditambah sedikit pewarna
kuning.