Ahad, 1 April 2012

Donat 2

Donat

Donat Bercoklat

Bahan-bahan :  

1 kg tepung gandum
11 gram yis mauripan (sebungkus)
2/3 cawan susu tepung penuh krim
2 biji telur
1 cawan marjerin
6 camca besar gula pasir halus
1 camca teh garam
1 camca besar serbuk penaik
Air secukupnya

Cara Membuatnya :

1.    Gaulkan tepung dan yis segera dan larutkan gula di dalam air.


2.    Gaulkan semua ramuan di dalam mangkuk adunan. Uli adunan tersebut sehingga licin.


3.    Buatkan bentuk bulat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda dari saiz asal.


4.    Gunakan torak dan canaikan adunan menjadi setebal 1.5cm.


5.   Potong dengan pemotong donat dan letakkan kepingan adunan tadi di dalam sebuat dulang yang ditaburkan sedikit tepung.


6.    Biarkan kepingan adunan tadi berada di tempat panas selama 30-40 minit.


7. Goreng kepingan adunan tadi di dalam minyak pada suhu 170-180 darjah celcius sehinggalah donat itu berwarna kuning keemasan.


8.    Seliputi donat dengan gula aising atau coklat masakan sebelum dihidangkan.

Sumber : Resepi dari Mauripan

Wajik @ Pulut Kacau Gula Merah

Wajik atau Pulut Kacau Gula Merah

Bahan-bahan : 

3 cawan beras pulut
2 cawan santan
1 ½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
2 helai daun pandan (diikat)
Secubit garam 

Cara Membuatnya : 

Beras pulut direndam semalaman. Kemudian, bersih dan toskan hingga kering. Kukus beras tadi hingga masak.

Masak gula merah dan gula putih bersama 1 cawan santan. Kacau hingga gula hancur. Tutup api dan tapis.

Seterusnya, masukkan gula yang ditapis tadi ke dalam kuali bersama 1 cawan santan, garam dan daun pandan untuk mewangikan.

Masak hingga mendidih, kemudian masukkan beras pulut. Kacau hingga sebati dan pekat.

Bolehlah dituang ke dalam bekas dan disejukkan.

Jumaat, 30 Mac 2012

Bubur Puteri Mandi @ Wadai Kepeng

Bubur Puteri Mandi atau Wadai Kepeng

Bahan-bahan : 

2 cawan tepung pulut 
2 sudu besar tepung beras
Sedikit kapur sirih
Gula merah
Gula pasir
Sedikit garam
Santan
Dua helai daun pandan


Cara Membuatnya : 

Tepung pulut dan tepung beras dibancuh dengan air yang diletak sedikit kapur sirih. Uli sehingga tidak melekat di tangan seperti membuat kuih buah melaka.

Tekan bentuk bulat dan dipenyek sebesar duit syiling 5 sen. Selepas masak, ia akan menjadi lebih besar.

Wadai Kepeng
Bentukkan seperti ini

Masak gula merah dan gula putih bersama sedikit air sehingga gula hancur. Tapiskan.

Campurkan santan dan gula yang dimasak tadi. Masak di atas api. Masukkan juga daun pandan untuk mewangikan dan sedikit garam.

Apabila sudah mendidih masukkan kuih yang dileperkan tadi. Kacau supaya kuih tidak bergumpal sesama sendiri. 

Setelah kesemua kuih timbul di permukaan santan barulah kuih tersebut telah masak. Tutup api dan bolehlah dihidang.