Rabu, 13 Jun 2012

Keropok Lekor ~Ain~

Keropok Lekor

Bahan-bahan :

Ikan kembung
Tepung ubi
Garam secukup rasa
Minyak (menggoreng)

Cara Membuatnya :

Ikan kembung direbus dan diambil isinya. Tumbuk atau blender isi ikan sehingga hancur.

Uli dengan tepung ubi bersama garam. Untuk uli berbentuk panjang pula, tabur dengan tepung dan semasa uli pastikan tangan basah untuk mendapatkan keropok yang cantik.

Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian rebus adunan tadi.

Setelah itu, bolehlah digoreng dengan minyak secukupnya.

Aiskrim Kacang Hijau

Aiskrim Malaysia Kacang Hijau
Aiskrim Malaysia Kacang Hijau
Sebelum disejukbekukan
Bahan-bahan :

2 ½ cawan kacang hijau (direndam semalaman)
1 biji kelapa dijadikan santan
1 ½ cawan gula merah
Gula pasir secukupnya
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)

Cara Membuatnya :

Rebus kacang hijau sehingga empuk.

Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga semua gula larut. Tutup api dan tapis menggunakan penapis.

Setelah kacang hijau empuk, masukkan gula merah yang dimasak tadi bersama gula pasir secukupnya.

Masukkan pula santan, sedikit garam dan juga daun pandan.

Tunggu hingga mendidih. Tutup api dan dibiarkan sejuk. Setelah itu, boleh dimasukkan ke dalam plastik dan dibekukan dalam peti sejuk.

Khamis, 7 Jun 2012

Kek Coklat Brownies Tanpa Telur ~Raudah~

Kek Coklat Brownies Tanpa Telur

Bahan A :

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
½ sudu kecil soda bikarbonat
1/8 sudu kecil garam halus
¾ cawan gula halus
½ cawan serbuk koko (boleh dikurangkan sedikit untuk mengurangkan rasa pahit)

Bahan B :

1 cawan susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
¼ cawan mentega cair atau minyak
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C :

Kekacang atau coklat cip


Cara Membuatnya :

1. Campurkan kesemua bahan A dan diayak.

2. Masukkan bahan B iaitu susu pekat, esen vanilla dan susu cair. Kacau hingga semuanya bergaul dengan baik dan tidak berketul.

3.Akhir sekali masukkan minyak. Kacau hingga sebati.
 
4. Tuang adunan ke dalam acuan. Taburkan bahan C iaitu coklat cip atau kekacang di atasnya.

5. Bakar atau boleh juga dikukus sehingga masak.