Khamis, 14 Februari 2013

Kuih Telur Katak Kukus @ Kuih Sagu Kukus


Bahan-bahan :

1 cawan biji sagu dibasuh dan ditoskan airnya
2 cawan air
½ cawan gula
Pewarna merah
Kelapa parut putih yang dibuang kulitnya
Sedikit garam
2 helai daun pandan diikat


Cara Membuatnya :

Masukkan air, gula, daun pandan dan pewarna merah ke dalam kuali. Masak hingga gula larut dan mendidih.

Apabila  air telah mendidih, masukkan sagu. Kacau hingga biji sagu sedikit jernih dan adunan menjadi pekat.

Matikan api dan sendukkan adunan ke dalam acuan atau loyang. Kukus dalam 20 minit.

Biarkan sehingga betul-betul sejuk agar kuih kelihatan lebih cantik apabila dikelurkan dari bekas.

Apabila telah sejuk, kelapa parut dicampurkan dengan sedikit garam. Potong kuih dan salutkan dengan kelapa parut tadi. Sedia untuk dihidang.

Biskut Mazola Fazlina


Bahan-bahan :

1 mangkuk kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dimesin halus)
1 mangkuk gula halus
1 ½ mangkuk tepung gandum
Minyak masak secukupnya
1 biji kuning telur


Cara Membuatnya :

1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah dan gula halus.

2. Masukkan minyak masak sedikit demi sedikit sambil digaulkan hingga rata.

3. Setelah itu, bentukkan bulat-bulat leper dan sapukan kuning telur di atasnya.

4. Akhir sekali, bakarlah hingga masak.

Selasa, 5 Februari 2013

Aiskrim Coffeemate



Bahan-bahan :

200 gram coffeemate (1 bungkus)
1 liter susu UHT Dutch Lady apa-apa perisa (1 kotak besar)
Coklat urai (jika suka)


Cara Membuatnya :

1. Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.

2. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.

3. Selepas itu, masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.

4. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan coklat urai di atasnya.

5. Sejukkan sehingga beku. Sedia untuk dinikmati.

Jumaat, 1 Februari 2013

Jelly Kelapa Rumpai Laut



Bahan-bahan :

70-80 gram rumpai laut (dibasuh dan direndam semalaman)
Gula secukupnya
3500 ml air
2000 ml air kelapa muda (lebih kurang 4 biji buah kelapa)
Isi kelapa muda


Cara Membuatnya :

1. Masak rumpai laut bersama 3500 ml air. Masak hingga rumpai laut hancur sepenuhnya.

2. Seterusnya, masukkan gula secukup rasa. Biarkan sehingga gula larut.

3. Masukkan air kelapa muda beserta isinya. Tunggu hingga mendidih.

4. Kemudian bolehlah dituang ke dalam bekas dan disejukkan.
 

Rabu, 30 Januari 2013

Bahulu


Bahan-bahan :

60 gram tepung gandum
Sedikit garam
1 camca teh tepung beras
60 gram gula halus
2 biji telur
½ camca teh esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 190oC.

2. Penyediaan adunan :

a) Ayak tepung gandum bersama-sama dengan tepung beras dan garam.

b) Enjutkan telur dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila.

c) Masukkan tepung ke dalam campuran telur dan kaup balikkan tepung ke dalamnya perlahan dengan sudu logam.

3. Panaskan acuan dalam ketuhar.

4. Keluarkan dan gliskan acuan menggunakan sedikit minyak.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan sehingga ¾ penuh.

6. Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit sehingga kuning keemasan.

7. Keluarkan bahulu dengan menggunakan pencucuk.

8. Biarkan bahulu sejuk sebelum disimpan atau dihidang.