Jumaat, 22 Mac 2013

Char Kuew Tiaw Amirul


Bahan-bahan :

 

1 bungkus kuew tiaw
10 ekor udang lipan @ udang harimau
2 bungkus perencah bihun Adabi
1 biji telur
Garam secukup rasa
Gula (jika perlu)
Sos cili
Kicap Lemak Manis Kipas Udang
Tauge
Kucai


Cara Membuatnya :

 

Rebus udang lipan, ambil isinya untuk 5 ekor dan kemudian diblender.

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis perencah bihun Adabi dengan api yang perlahan.
 
Kemudian, masukkan isi udang yang diblender tadi bersama air rebusan udang.

Masukkan garam dan gula secukup rasa, sos cili dan kicap lemak manis. Biarkan mendidih dan masukkan telur.

Seterusnya masukkan kuew tiaw, 5 ekor udang lipan yang telah dibuang kulit, tauge dan daun kucai.

Kacau hingga masak. Sedia untuk dihidang.

Rabu, 6 Mac 2013

Kek Batik Kak Ani


Bahan-bahan :

 

600 gram roti marie (dipatah 4)
250 gram buttercup
1 tin susu pekat manis
3 camca besar serbuk koko
3 camca besar nestum
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

 

Campurkan susu pekat manis, serbuk koko, nestum dan juga esen vanila di dalam satu bekas dan dikacau sehingga sebati.

Panaskan buttercup di dalam kuali sehingga cair menggunakan api yang perlahan.

Masukkan kesemua bahan yang dikacau tadi. Kemudian kacau sehingga agak pekat.

Masukkan roti yang telah dipatahkan dan kacau hingga sebati.

Apabila sudah sebati, tuangkan bahan tadi ke dalam bekas yang telah ditabur dengan sedikit nestum di atasnya.

Setelah dituang ke dalam bekas, ianya hendaklah ditekan sehingga rata. Jika suka sebelum ditekan, bolehlah ditaburkan dengan sedikit nestum.

Rabu, 27 Februari 2013

Kuih Seri Ayu @ Putu Ayu (TV3)


Bahan-bahan :

 

1 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
5 biji telur
2/3 cawan santan @ 150 ml
1 sudu teh perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Kelapa parut
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

 

1. Putar gula bersama telur hingga kembang dan gebu. 

2. Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau. Putar lagi.

3. Seterusnya, masukkan santan.

4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Putar hingga kembang dan sebati.

5. Sapukan acuan dengan sedikit minyak agar kuih tidak melekat. 

6. Letakkan sedikit kelapa parut yang telah dicampur dengan garam. Tekankan kelapa parut tersebut agar menjadi mampat dan kejap.

7. Tuangkan adunan tepung tadi.

8. Masukkan ke dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak.

Khamis, 21 Februari 2013

Serawa Pisang


Bahan-bahan :

8 biji pisang (dibuang kulit dan dipotong secara menyerong)
3 sudu besar gula merah (dimasak dengan sedikit air dan ditapis)
Gula putih secukup rasa
Sedikit garam
Biji sagu
Santan
Daun pandan (diikat)


Cara Membuatnya :

Masukkan santan, gula merah, gula putih dan sedikit garam ke dalam periuk.

Masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Berhati-hati supaya jangan sampai santan pecah minyak. 

Masukkan pisang dan biji sagu. Biarkan hingga sagu masak. Tutup api.

Sedia untuk dihidangkan. Serawa pisang ini sedap dimakan ketika panas mahupun sejuk.

Isnin, 18 Februari 2013

Sambal Tumis Ikan Bilis


Bahan-bahan :

Ikan bilis
1 piring cili kering
8 ulas bawang merah
Air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa


Cara Memasak Sambal :

1. Mesin cili kering bersama bawang merah sehingga hancur.

2. Ikan bilis dibersihkan dan digoreng. Masak hingga separuh masak. Ketepikan.

3. Tumis bahan yang dikisar sehingga masak dan naik minyak.

4. Setelah itu, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau hingga sebati.

5. Masukkan air asam jawa secukupnya beserta garam dan gula.

6. Tunggu hingga mendidih dan kuah agak pekat. Tutup api.

7. Sedia untuk dihidang bersama nasi.