Untuk mendapatkan biji
petai yang besar dan segar, ambil biji petai dan rendamkan ke dalam air garam
lalu dibiarkan semalaman. Keesokan harinya lihat perubahan petai tersebut.
Pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.
Jumaat, 1 November 2013
Selasa, 15 Oktober 2013
Agar-Agar Kering
Bahan-bahan
:
1 tahil agar-agar bertali (37.5
gram)
1 kg gula pasir
Air yang disukat
Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara
Membuatnya :
1. Pertama sekali, basuh
agar-agar bertali hingga bersih.
2. Masukkan agar-agar ini ke
dalam jug air. Tujuan memasukkan agar-agar ke dalam jug adalah untuk menyukat
kandungan agar-agar dan jumlah air yang perlu dimasukkan.
3. Tandakan kedudukan agar-agar
tersebut di jug. Contohnya jika agar-agar tersebut berada di tengah jug,
tandakan kedudukan tersebut.
4. Setelah itu, tuangkan
agar-agar ke dalam periuk.
5. Masukkan air sebanyak 2 kali
di mana kedudukan agar-agar yang ditanda pada jug tadi.
6. Rebus agar-agar bersama air
yang disukat sehingga mendidih dan hancur.
7. Apabila agar-agar telah hancur
semuanya, masukkan gula pasir.
8. Masak hingga mendidih dan
bolehlah tutup api.
9. Asingkan agar-agar kepada 4
bekas. Setiap bekas diwarnakan dengan warna yang berlainan. Hijau, kuning,
merah dan satu lagi dibiarkan putih.
10. Setelah sejuk dan keras bolehlah
dipotong. Jangan potong terlalu kecil kerana agar-agar akan mengecut selepas
kering.
11. Jemur agar-agar. Sesekali
balik-balikkan agar-agar supaya kering sekata. Jemur sehingga seminggu dan
agar-agar tidak melekat serta kering sepenuhnya.
Biskut Gajus Kak Ani
Bahan-bahan
:
1 cawan buttercup
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kastard
½ cawan biji gajus hancur (biji
gajus hendaklah dipanggang terlebih dahulu dan ditumbuk)
1 biji kuning telur
Biji gajus secukupnya untuk
hiasan (tidak perlu dipanggang)
Cara
Membuatnya :
1. Pukul buttercup dan gula halus
hingga kembang.
2. Masukkan serbuk gajus.
3. Masukkan tepung kastard dan
tepung gandum.
4. Gaulkan hingga menjadi doh
yang lembut.
5. Canai dan terapkan adunan
dengan acuan berbentuk buah gajus.
6. Sapu kuning telur dan letakkan
biji gajus dihujungnya.
7. Bakar hingga masak dan sedia
untuk dihidang.
Biskut Kipas Manik Ayu
Bahan-bahan
:
1 cawan gula halus
1 cawan mentega
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
Manik warna-warni secukupnya
Cara
Membuatnya :
1. Pukul gula dan mentega hingga
kembang.
2. Masukkan telur dan esen
vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung jagung dan
tepung gandum.
4. Gaulkan hingga menjadi doh
yang lembut.
5. Canai dan terapkan adunan
dengan acuan kipas.
6. Taburkan manik warna-warni di
atasnya.
7. Bakar hingga masak
kira-kira 10 hingga 15 minit.
Biskut Almond Bersalut Nestum
Bahan-bahan
:
250 gram buttercup
¾ cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
½ cawan tepung kastard
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh esen vanila
Biji badam yang telah dipanggang
Coklat masakan secukupnya
Nestum
Cara Membuatnya :
1. Pukul buttercup dan gula halus
hingga kembang.
2. Masukkan esen vanila dan susu
tepung.
3. Masukkan pula tepung kastard,
tepung jagung dan tepung gandum.
4. Uli hingga menjadi doh yang
lembut.
5. Ambil sedikit doh dan balut
sebiji badam panggang. Kemaskan doh.
6. Bakar pada suhu 150-160 oC
selama 25 minit atau hingga keperang-perangan.
7. Setelah benar-benar sejuk,
celupkan coklat cair dan salutkan pula dengan nestum.
8. Biarkan sehingga coklat keras.
Sedia untuk dihidang.
Biskut Serpihan Coklat
Bahan-bahan
:
100 gram mentega
25 gram gula perang
120 gram tepung gandum
60 gram cip coklat
¼ camca teh esen vanila
30 gram badam (dicincang kasar)
Cara
Membuatnya :
1. Putar mentega dengan gula
hingga kembang.
2. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan tepung gandum, cip
coklat dan badam. Kacau adunan hingga rata.
4. Sudukan adunan ke atas dulang
pembakar (gunakan camca teh).
5. Bakar hingga masak dan sedia
untuk dihidang.
Cornflakes Coklat Simple
Bahan-bahan
:
325 gram cornflakes
450 gram coklat masakan
1 sudu besar minyak Mazola (untuk
kilatkan coklat)
Cawan kertas secukupnya
Manik urai sebagai hiasan
Cara
Membuatnya :
Masak air dalam periuk sehingga
air menjadi panas.
Potong coklat kecil-kecil dan
masukkan dalam mangkuk atau periuk berasingan.
Jika menggunakan periuk, masukkan
sahaja periuk tersebut ke dalam air. Tetapi hendaklah berhati-hati agar air
tidak masuk ke dalam periuk berisi coklat.
Seterusnya, masukkan minyak
Mazola. Kacau sehingga coklat betul-betul cair dan tidak berketul.
Ramas cornflakes sedikit dan masukkan
ke dalam mangkuk berisi coklat. Kacau hingga semuanya sekata. Tutup api. Jika suka boleh masukkan badam yang telah dipanggang.
Cedok dengan sudu dan masukkan ke
dalam cawan kertas.
Biarkan mangkuk atau periuk yang berisi coklat sentiasa di dalam
air kerana air yang panas membuatkan coklat tidak mudah keras sebelum
diletakkan ke dalam cawan kertas.
Hias dengan manik urai di
atasnya. Letakkan biskut ke dalam peti ais sekejap sekadar untuk keraskan
coklat.
Sedia untuk dihidang.
Langgan:
Catatan (Atom)