Rabu, 16 April 2014

Lepat Labu

Lepat Labu Kuning
Lepat Labu Kuning
Lepat Labu

Bahan-bahan :

½ biji labu kuning
8-10 sudu besar gula
3 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
Santan secukupnya
Sedikit garam
Daun pisang (dilayurkan)


Cara Membuatnya :

1. Rebus labu sehingga empuk dan dilenyekkan di dalam bekas.

2. Masukkan gula, sedikit garam, tepung gandum dan tepung beras.

3. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Kacau hingga semuanya sebati.

4. Santan dimasukkan secukupnya iaitu tidak terlalu pekat atau terlalu cair.

5. Ambil dua sudu besar adunan dan letakkan di tengah-tengah daun pisang.

6. Bungkus dengan kemas dan kukus sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

Selasa, 15 April 2014

Petua Memasak Agar-agar Supaya Cukup Lembut dan Manisnya

sudu logam

Untuk mendapatkan agar-agar yang lembut seperti yang dikehendaki adalah amat sukar. Hal ini kerana apabila ianya telah mengeras, semuanya sudah terlambat dan tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Di sini ada petua untuk mendapatkan agar-agar yang lembut dan mempunyai rasa manis yang dikehendaki. Seperti yang kita tahu, agar-agar apabila telah mengeras, akan berubah rasanya dan ini amat membimbangkan.

Caranya amat mudah iaitu apabila agar-agar telah mendidih dan sedia untuk disejukkan, sudukan sedikit agar-agar yang masih panas dengan menggunakan sudu logam. Masukkan sudu yang berisi agar-agar itu ke dalam peti sejuk ditempat beku. Biarkan sehingga agar-agar keras dan jangan sampai beku.

Apabila ianya telah keras dan sejuk, keluarkan dan rasa agar-agar tersebut. Kita akan dapat mengetahui sama ada agar-agar itu keras atau lembut. Selain itu, kita juga dapat mengetahui rasanya sama ada kurang manis atau terlajak manis.

Jika masih keras, kita boleh tambahkan air masak ke dalam agar-agar supaya ianya lembut seperti yang dikehendaki. Gula juga boleh ditambah jika kurang manis. Oleh itu, tiada masalah lagi dalam memasak agar-agar. Kita boleh mengetahui keadaannya sebelum ianya sejuk sepenuhnya. Selamat Mencuba.

Jumaat, 28 Mac 2014

Kek Pisang Coklat Chip

kek pisang coklat chip

resepi kek pisang coklat chip

Bahan-bahan :

4 biji pisang emas atau pisang berangan
3 biji telur
1 ¾  cawan tepung naik sendiri
¼ cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
½ cawan minyak
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
3 sudu besar coklat chip (ikut suka anggarannya)


Cara Membuatnya :

1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan pisang yang sudah dilenyek bersama sedikit garam.

3. Ayak tepung naik sendiri, tepung jagung dan soda bikarbonat bersama.

4. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata.

5. Masukkan minyak dan kacau hingga semuanya sebati atau bercampur.

6. Akhirnya, masukkan coklat chip dan kacau rata.

7. Tuang dalam acuan yang telah disapu dengan minyak.

8. Bakar dalam suhu 200 oC selama 1 jam atau sehingga masak.