Khamis, 2 Oktober 2014

Agar-agar Rose Selasih

Agar-agar Rose Selasih

Agar-agar Rose Selasih

Bahan-bahan :

12 gram agar-agar bertali
3 cawan air
Perisa ros
Gula secukup rasa
1 sudu biji selasih
Dua helai daun pandan (disimpul)
Air panas


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama 3 cawan air sehingga larut.

2. Letakkan daun pandan untuk mewangikannya.

3. Sementara menunggu agar-agar hancur, tuangkan air panas pada biji selasih.

4. Biarkan sehingga biji selasih kembang dan toskan airnya.

5. Setelah agar-agar kembang, masukkan gula dan biarkan larut.

6. Masukkan perisa ros dan biji selasih tadi.

7. Tunggu hingga mendidih dan tuangkan ke dalam acuan.

8. Sejukkan sehingga agar-agar mengeras sepenuhnya.

9. Sedia untuk dinikmati.

Biskut Bunga Kelapa Lemak Manis

Biskut Bunga Kelapa Lemak Manis

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
½ cawan tepung kastard
½ cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa kering
1 sudu teh esen vanila
Jem


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan kelapa. Kacau hingga sebati.

3. Seterusnya, masukkan tepung jagung dan tepung gandum.

4. Uli hingga menjadi doh.

5. Terap dengan acuan bunga dan letakkan jem di atasnya.

6. Taburkan sedikit kelapa di atas permukaan jem tersebut.

7. Bakar di dalam ketuhar sehingga masak.

8. Sedia untuk dinikmati.

Isnin, 29 September 2014

Kari Ayam Special dan Pulut Kuning

Pulut Kuning dan Kari Ayam Special

pulut kuning
Resipi Pulut Kuning?
 Klik pada Gambar

Bahan A :

1 ekor ayam (dipotong kecil)
9 sudu besar rempah kari ayam ataupun daging
2 sudu besar kerisik
4 biji ubi kentang (dipotong 4)
Santan
Asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit susu cair (jika suka)
Air

Bahan B (Untuk Menumis) :

6 biji bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia
3 tangkai daun kari
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Minyak secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

2. Masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh bersama sedikit air.

3. Masukkan ayam dan biarkan hingga pecah minyak.

4. Masak menggunakan api yang sederhana agar dapat pecah minyak dengan baik.

5. Masukkan santan, susu cair, air asam jawa, ubi kentang dan garam secukup rasa.

6. Biarkan hingga mendidih dan ubi empuk sepenuhnya.

7. Tutup api dan hidangkan bersama pulut kuning.