Isnin, 22 Jun 2015

Apam Tepung Beras

Apam Tepung Beras

Apam Tepung Beras

Bahan - bahan :

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 ¼ cawan air
1 sudu kecil yis
Sepeket kecil eno


Cara Membuatnya :

1. Blend secawan nasi sejuk dengan air hingga hancur dan halus.

2. Masukkan gula, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati.

3. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam.

4. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno. Kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biarkan sebentar.

5. Panaskan kukusan. Sapu acuan dengan sedikit minyak terlebih dahulu.

6. Masukkan adunan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20 minit dengan api kuat.

7. Boleh dimakan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

Ahad, 14 Jun 2015

Kek Coklat Buttercup

Kek Coklat Buttercup

Bahan A

1 cawan air
1 cawan serbuk koko
½ cawan gula halus


Bahan B

250 gram buttercup (1 ketul)
2 cawan gula halus
2 cawan tepung kek
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila


Cara Memasak Bahan A :

1. Bahan A disatukan dan diletakkan ke dalam periuk.

2. Panaskan di atas api yang kecil.

3. Kacau sehingga ia likat.

4. Biar ia seketika dan sejukkan.


Cara Memasak Bahan B :

1. Pukul butter bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.

3. Masukkan esen vanila.

4. Masukkan tepung kek berselang-seli dengan bahan A tadi.

5. Kacau hingga sekata.

6. Masukkan dalam loyang dan bakarlah dengan api yang sederhana.


Untuk Hiasan :

Sapu coklat yang telah dimasak cair ke atas kek berkenaan dan taburlah coklat rise pula di atasnya.

Sabtu, 13 Jun 2015

Kek Batik Vico Cream Cracker

Kek Batik Vico Cream Cracker  


Bahan-bahan :

35 keping biskut cream cracker (dipatah 4)
125 gram buttercup
1 cawan Vico
1 cawan susu pekat manis


Cara Membuatnya :

1. Masukkan Vico dan susu pekat manis di dalam kuali. Kacau hingga sebati.

2. Masukkan buttercup dan buka api.

3. Masak dengan api yang kecil sehingga mendidih dan buttercup cair sepenuhnya.

4. Masukkan biskut cream cracker dan gaulkan hingga sebati. Jangan kacau terlalu kuat hingga menyebabkan biskut hancur.

5. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega.

6. Tekan dengan padat dan rata perlahan-lahan.

7. Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 1-2 jam. Bila hendak dimakan, keluarkan lebih kurang setengah jam, kemudian barulah dipotong.

8. Sedia untuk dihidang.