Isnin, 12 Julai 2021

Kek Pandan Bersantan







Bahan-bahan :

5 biji telur gred A

2 cawan tepung kek

1 cawan gula halus @ gula kastor

200 ml santan kotak

2 sudu makan susu pekat

1 sudu ovalette

Emulco pandan

Pewarna hijau

 

Cara Membuatnya :

1. Putar telur dan gula sampai kembang, berbuih dan berwarna putih.

2. Masukkan susu dan ovalette, putar lagi hingga adunan kembang serta gebu.

3. Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Nak kaup balik pun boleh.

4. Akhir sekali masukkan santan, emulco pandan dan pewarna hijau. Sebatikan.

5. Lapik loyang saiz 8x8 dengan baking paper dan sapukan marjerin.

6. Tuangkan adunan dalam loyang dan hentakkan sedikit sahaja.

7. Panaskan ketuhar selama 5 hingga 10 minit.

8. Bakar pada suhu 160 selama 40 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.

 

Nota :

1. Pastikan pukul sampai kembang dan betul-betul gebu adunan untuk menghasilkan kek yang gebu gebas.

2. Adunan yang baik, bila diangkat akan turun dalam keadaan agak perlahan dan berlipat-lipat.

3. Adunan jika terlebih kacau akan membuatkan kek merekah dan jika kurang kacau akan menjadi mendap (tidak naik).

 

Selasa, 6 Julai 2021

Bingka Roti






Bahan-bahan :

5 keping roti sandwich (potong kecil)

2 biji telur

¾ cawan gula (boleh kurangkan)

3 cawan santan @ susu segar @ susu cair

1 sudu kecil esen vanila

1 cawan tepung gandum

Sedikit garam

 

Cara Membuatnya :

1. Potong kecil roti sandwich dan rendam bersama 2 cawan santan.

2. Masukkan telur, gula, esen vanila dan 1 cawan santan ke dalam blender.

3. Kisar hingga hancur dan masukkan tepung gandum. Kisar lagi.

4. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam roti yang direndam tadi.

5. Kacau sampai semuanya sebati.

6. Oleskan loyang dengan sedikit marjerin dan tuangkan adunan.

7. Bakar adunan sampai kekuningan.

8. Biarkan ianya sejuk, barulah boleh dipotong.

9. Sedia untuk dinikmati.

 

Sira Ubi Kayu (Gula Merah)






Bahan-bahan :

500 gram ubi kayu (direbus)

1/3 cawan gula merah

2 sudu besar gula pasir

2 helai daun pandan

Secubit garam

1- 1 ½ cawan air

 

Cara Membuatnya :

1. Rebus ubi kayu dengan air secukupnya sehingga ubi empuk.

2. Angkat dan potong kecil mengikut saiz yang disukai.

3. Masukkan air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.

4. Masak sehingga pekat dan likat.

5. Masukkan ubi kayu dan kacau rata sehingga sira bersalut pada ubi kayu. 

6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.