Isnin, 1 Mei 2023

Biskut Kelapa Tradisi

Biskut Kelapa Tradisi

Biskut Kelapa Tradisi

Biskut Kelapa Tradisi

Biskut Kelapa Tradisi

Bahan-bahan :

2 cawan kelapa parut yang telah disangai menjadi garing macam nak buat kerisik

2 ½ cawan cawan tepung ubi kayu @ 250 gram (disangai)

1 ½ cawan tepung gandum @ 150gram (disangai)

1 cawan gula halus

1 ketul buttercup @ 250gram

1 biji kuning telur

Sedikit esen vanila

 

Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup dan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur serta esen vanila dan kacau lagi.

3. Masukkan kelapa parut yang telah disangai sehingga garing tadi.

4. Masukkan tepung ubi kayu dan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Uli sehingga sebati dan menjadi doh.

6. Tekan dengan acuan bulan sabit atau mengikut bentuk yang digemari.

7. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

 

Ahad, 30 April 2023

Semperit Klasik (Sarmilia)

Semperit Klasik (Sarmilia)

Semperit Klasik (Sarmilia)

Semperit Klasik (Sarmilia)

Semperit Klasik (Sarmilia)

Semperit Klasik (Sarmilia)

Bahan-bahan :

1 ketul @ 250 gram mentega

½ cawan gula aising

½ cawan tepung kastard

½ cawan tepung gandum

2 cawan tepung jagung

2 sudu besar susu pekat

1 sudu kecil esen vanilla

Ceri secukupnya

 

Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dengan gula aising sehingga kembang.

2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung.

4. Akhir sekali masukkan tepung gandum.

5. Tekan menggunakan acuan semperit dan letak ceri di tengah.

6. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

 

Sabtu, 11 Mac 2023

Spageti Carbonara

Spageti Carbonara

Spageti Carbonara

Spageti Carbonara

Spageti Carbonara

Spageti Carbonara

Bahan-bahan :

1 bungkus spageti

1 tin sos pasta Prego carbonara cendawan

3 ulas bawang putih (dicincang)

1 kotak kecil susu full cream

1 bungkus sosej (dipotong)

Sedikit garam

 

Cara Membuatnya :

1. Mula-mula masukkan air dalam periuk, spageti dan sedikit minyak.

2. Masak sampai spageti kembang dan lembut. Tutup api dan toskan airnya.

3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi.

4. Masukkan sosej dan goreng sehingga keperangan.

5. Tuangkan sos pasta Prego carbonara cendawan dan juga susu full cream.

6. Boleh masukkan sedikit air dan garam mengikut citarasa.

7. Kacau dan reneh sehingga mendidih.

8. Sedia dinikmati bersama spageti.