Popia Nestum Debu-debu Cinta

Selasa, 18 Jun 2013

Popia Nestum Debu-debu Cinta



Bahan-bahan :


1 bungkus kulit popia
1 cawan Nestum
1 cawan susu tepung
Sedikit gula (jika perlu)
Tepung gandum (melekatkan kulit popia)
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

                                   

Cara Menggulung Kulit Popia :


1. Bancuh tepung gandum bersama sedikit air sebagai gam kulit popia.

2. Ambil sekeping kulit popia, gulung dengan menggunakan chop stick dan jika tiada straw atau lidi juga boleh digunakan.

3. Gulung kulit popia dan di hujung kulit popia gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi.

4. Selepas semuanya siap digulung, bolehlah digunting mengikut citarasa kesukaan anda. Lebih baik digunting menyerong kerana nestum boleh menyerap masuk ke dalam kulit popia.

5. Apabila siap digunting, bolehlah digoreng hingga kekuningan dan jangan sampai garing kehitaman kerana kuih akan menjadi tidak cantik dan menjejaskan rasanya.


Cara Membuat Adunan Nestum :


1. Blender nestum bersama susu tepung. Jika anda inginkan lebih manis, bolehlah blender bersama sedikit gula. Kisar hingga halus dan gebu.

2. Apabila kulit popia yang digoreng telah sejuk, salutkan dengan adunan nestum ini.

3. Sedia untuk dihidang. Sesuai untuk majlis kenduri, perayaan dan juga untuk dimakan hari-hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan