Kuih Balung Ayam

Selasa, 28 Januari 2014

Kuih Balung Ayam

Kuih Balung Ayam

kuih balung ayam

Bahan Untuk Kuih :

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam
Pewarna hijau
Air secukupnya
Daun pisang (dilayurkan)
Sedikit minyak


Bahan Untuk Inti :

½ biji kelapa (dibuang kulit dan diparut)
4 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula putih
Sedikit air


Cara Membuat Inti :

1. Campurkan kesemua bahan di dalam periuk.
2. Masak hingga kering dan tutup api.
3. Inti ini hendaklah dikacau selalu agar masak dengan sekata dan tidak hangit.


Cara Membuat Kuih :

1. Ayak tepung pulut dan tepung beras.

2. Masukkan sedikit garam dan pewarna hijau.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit.

4. Uli hingga menjadi doh dan tepung tidak melekat pada tangan.

5. Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak agar kuih tidak melekat nanti.

6. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Tekan di atas daun pisang seperti membuat karipap.

7. Masukkan inti ditengahnya dan dilipat dua.

8. Tekan sedikit di sekeliling kuih agar intinya tidak terkeluar.

9. Panaskan periuk pengukus dan kukus sehingga masak.

10. Keluarkan dari periuk pengukus dan sedia untuk dihidang.

5 ulasan:

  1. tak pernah rasa pun hehee... nama pun tak pernah dengar...pelik gak ya...tapi nampak sedap tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih orang Banjar..memang sedap pun .. Cubalah yer :)

      Padam
  2. tak pernah makan dan tgk..hehe
    sye klik 2x DIY awak

    BalasPadam
  3. First time tengok and first time dengar nama kuih too . Unik :)

    BalasPadam