Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan

Rabu, 23 Jun 2021

Poli Ubi Kayu






Bahan-bahan :

Ubi kayu (diparut)

Pewarna kuning secukupnya

Kelapa parut putih

Sedikit garam

1 cawan gula merah

½ cawan gula putih

½ cawan air

2 helai daun pandan (disimpul)

Daun pisang secukupnya

 

Cara Membuatnya :

1. Ubi kayu dicampur dengan pewarna kuning, kacau hingga rata dan sebati.

2. Bungkus dalam daun pisang seperti membuat kuih lepat (besar sedikit) atau;

3. Boleh juga masukkan dalam loyang dan kukus sehingga masak.

4. Gaulkan kelapa parut putih dengan sedikit garam.

5. Apabila ubi telah masak, salut dengan kelapa parut.

6. Masak gula merah, gula putih bersama air dan daun pandan hingga gula hancur.

7. Hidangkan bersama ubi kayu yang dikukus tadi. 

 

Nota :

1. Letakkan sedikit sahaja air jika ubi kayu terlalu kering dan mahukan kuih yang sedikit lembut.

2. Kukus sekejap kelapa parut dengan garam agar kelapa lebih tahan lama.

 

Khamis, 4 Mac 2021

Kuih Keria Gula Melaka







Bahan Untuk Kuih :

500 gram ubi keledek manis

1 cawan tepung gandum

1 sudu besar tepung beras

½ sudu teh baking powder

Garam

 

Bahan Untuk Gula Melaka :

½ cawan gula melaka

1 sudu besar gula merah lembut @ gula perang

¼ cawan air

 

Cara Membuat Kuih :

1. Kupas ubi keledek, potong kecil dan rebus sehingga empuk.

2. Masukkan garam secukup rasa dan tutup api. Toskan airnya.

3. Lenyekkan keledek sehingga hancur.

4. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan baking powder.

5. Gaul hingga boleh dibentuk.

6. Jika masih lembut, boleh tambahkan tepung gandum.

7. Bentukkan bulat-bulat dan lubangkan di tengah.

8. Goreng dengan minyak sederhana panas sehingga masak.

 

Cara Memasak Gula Melaka :

1. Masukkan air, gula melaka dan gula perang ke dalam kuali.

2. Masak sehingga pekat dengan api perlahan.

3. Kemudian masukkan kuih keria yang digoreng tadi.

4. Gaulkan sehingga semua kuih terkena air gula.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

 

Ahad, 7 Februari 2021

Kuih Sagu Kukus Mudah






Bahan-bahan :

2 cawan sagu

¾ cawan gula

Pewarna ros

Kelapa parut putih

Garam secukup rasa

 

Cara Membuatnya :

1. Basuh sagu sehingga bersih dan toskan airnya.

2. Masukkan sagu dalam bekas, campurkan air dan pewarna ros.

3. Rendam sagu bersama campuran air dan pewarna ros selama 2 jam.

4. Kemudian toskan airnya, masukkan sagu dalam loyang.

5. Tambahkan gula secukup rasa dan kacau hingga sebati.

6. Boleh juga masukkan dalam bekas kecil seperti bekas kuih lompang.

7. Kukus sagu sehingga masak tanpa perlu masukkan air lagi.

8. Kukus sekejap kelapa parut yang diletak sedikit garam.

9. Gaulkan kuih sagu dengan kelapa parut tadi.

10. Sedia untuk dinikmati.

 

Selasa, 30 Julai 2019

Bingka Jagung

Bingka Jagung

Bingka Jagung

Bingka Jagung

Bingka Jagung

Bingka Jagung
Sumber :

Bahan-bahan :

1 cawan susu sejat @ 1 cawan santan pekat segera
1 ½ cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
¾ cawan gula
1 tin jagung krim @ 2 tongkol jagung (1 ½  dikisar halus, ½ dihiris nipis)
2 biji telur
1 sudu besar marjerin
Sedikit pewarna kuning
Secubit garam


Cara Membuatnya :

1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali jagung yang dihiris nipis.

2. Kisar hingga semua hancur dan sebati.

3. Masukkan dalam kuali bersama jagung yang dihiris nipis.

4. Masakkan dulu atas api dalam 10 minit dengan api perlahan. Kacau tanpa henti.

5. Kemudian tuang dalam loyang yang disapu dengan minyak atau marjerin.

6. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celcius.

7. Bakar selama 1 jam atau lebih.

8. Sejukkan dulu dan bolehlah dipotong.