Bahan-bahan :
8 ulas bawang merah
2 sudu besar udang kering (rendam dan toskan)
1 inci kunyit hidup
1/2 kubis
1/2 sengkuang
1/2 lobak merah
Kacang panjang @ kacang buncis
1/2 terung
2 biji kentang
Sedikit fucuk (rendam)
Sedikit soo hoon (rendam)
1 biji tempe
1 biji tauhu
1 biji cili merah
2 batang serai (diketuk)
1 cawan udang
1 biji kelapa (dijadikan santan)
Garam secukup rasa
Menu Tambahan :
Nasi impit
Sambal ikan bilis
Cara Membuatnya :
1. Kisar bawang merah, udang kering dan kunyit hidup sehingga
lumat.
2. Masukkan bahan kisar bersama santan cair dan serai dalam
periuk.
3. Masak sehingga hampir mendidih.
4. Masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras.
5. Masukkan sayur yang lembut.
6. Masukkan santan pekat, tauhu, cili merah serta garam.
7. Sesuaikan kepekatan dan rasa.
8. Hidangkan dan makan bersama sambal ikan bilis dan juga nasi
impit.