Khamis, 6 Oktober 2011

Agar-agar Lumut @ Pandan

Agar-agar Lumut @ Pandan

Bahan-bahan : 

24 gram agar-agar
3 cawan air
1 ½ cawan air pandan (10 helai daun pandan yang dikisar dan ditapis)
1 ½ cawan santan pekat
Gula secukupnya
Secubit garam
1 biji telur dipukul

Cara Membuatnya : 

Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga hancur.  Masukkan gula secukupnya.

Kemudian, masukkan air pandan dan santan. Kacau dan masukkan sedikit garam.

Seterusnya, masukkan telur yang dipukul. Tunggu hingga mendidih.

Akhir sekali, bolehlah diangkat dan dituang ke dalam acuan. Tunggu hingga sejuk dan bolehlah dihidang.

Sabtu, 17 September 2011

Kuih Dangai



Bahan-bahan : 


2 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
½  cawan gula (ikut suka)
Sedikit garam

Cara Membuatnya : 


Gaul semua bahan iaitu kelapa, tepung pulut, gula dan garam.

Masukkan ke dalam loyang, bahagian bawah ditekan sedikit. Masak dalam oven pada suhu 180 selama 5 - 10 minit (hingga sedikit keperangan).

Lebih elok jika menggunakan acuan kuih dangai dengan memasak di atas api yang perlahan. Tabur sedikit tepung gandum di dalam acuan agar tidak melekat.

Setelah siap biarkan sejuk dan dipotong.
 

Jumaat, 16 September 2011

Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus

Bahan – bahan : 

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara Membuatnya : 

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair. Kemudian, masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.

Pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat.  Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.

Masukkan pula tepung gandum bersama soda. Sebatikan.

Akhir sekali, masukkan air gula yang sudah sejuk. Perap adunan selama lebih kurang 3 - 4 jam.

Bakar dengan api sederhana 160 -180 selama 1 jam.

Khamis, 15 September 2011

Kuih Lopez

Kuih Lopez

Bahan Untuk Lopez : 

2 ½ cawan beras pulut
15 helai daun pandan dijadikan 2 cawan jus
Kelapa parut dibuang kulit
Beberapa helai daun pisang dilayurkan
Tali
Garam

Bahan Untuk Sira : 

½ cawan gula merah
¼ cawan gula pasir
Sedikit air
1 helai daun pandan (disiat-siat)

Cara Membuat Lopez : 

Masak beras pulut bersama 2 cawan jus pandan. Pulut hendaklah selalu dikacau agar tidak berkerak.

Setelah itu, bungkus pulut dengan daun pisang dan diikat menggunakan tali. Pastikan daun pisang dibalut dengan agak tebal agar tidak dimasuki air ketika merebus.

Kemudian, rebus pulut yang dibungkus tadi. Setelah mendidih, angkat dan sejukkan.

Potong pulut dan salut dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam.

Cara Membuat Sira : 

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

Tapis dan bolehlah dihidang bersama lopez.

Tempeyek

Tempeyek

Bahan – bahan : 

300 gram  tepung beras
100 gram tepung jagung
1 biji telur
1 sudu besar jintan manis
15 - 20 biji cabai melaka
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
Kacang tanah
Ikan bilis
200 ml air
250 ml santan 

Cara Membuatnya : 

Goreng tanpa minyak jintan manis hingga wangi, kemudian tumbuk atau kisar kasar.

Campur kesemua bahan kecuali ikan bilis dan kacang. Kacau hingga sebati.

Panaskan minyak dan rendam acuan dalam minyak hingga panas.

Isi adunan dalam acuan dan taburkan dengan ikan bilis dan kacang.

Masukkan dalam minyak yang panas tadi. Biarkan adunan keluar sendiri dari acuan. Goreng hingga masak.