Jumaat, 10 Januari 2014

Murtabak Nangka

murtabak nangka
murtabak nangka

Bahan Doh :

500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
Air secukupnya
Minyak masak
1 biji telur ayam
Sedikit garam
Daun pisang


Bahan Inti :

Buah nangka (dipotong kecil)
Sedikit gula


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum dan masukkan telur dan gula.

2. Seterusnya, masukkan air garam sedikit demi sedikit. Uli hingga tepungnya tidak melekat pada tangan dan menjadi doh yang baik atau sebati.

3. Bentukkan adunan menjadi bebola seberat 60 gram. Letakkannya di dalam bekas yang berisi minyak masak agar tidak melekat antara satu sama lain. Perap selama 3 jam.

4. Tebar bebola tepung hingga nipis dan kembang. Lapikkan dengan daun pisang agar mudah diangkat ketika hendak menggoreng nanti.

5. Buah nangka dipotong kecil dan masukkan sedikit gula. Gaulkan hingga sebati.

6. Tuangkan inti nangka di tengah dan lipat bentuk empat segi.

7. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak . Goreng murtabak sehingga masak.

8. Sedia untuk dihidang.

Kuah Kacang Ayam

Kuah Kacang Ayam

Kuah Kacang Ayam Special

Bahan-bahan :

1 ½ cawan kacang tanah (digoreng dengan memasukkan 1 sudu teh minyak)
1 cawan isi ayam (dipotong dadu)
1 piring cili kering dipotong
3 ulas bawang merah
Air asam jawa secukupnya
Sedikit gula merah @ gula melaka
Sedikit halia
1 batang serai (diketuk)
Gula dan garam secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Cili kering direbus kemudian dimesin bersama bawang merah dan halia.

2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dimesin tadi dan serai. Tambahkan sedikit air. Tunggu hingga pecah minyak.

3. Kacang tanah dimesin dan jangan terlalu hancur.

4. Apabila telah pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu hingga ayam masak.

5. Seterusnya, masukkan kacang tanah, gula, gula merah dan garam secukup rasa.

6. Akhir sekali, masukkan air asam jawa.

7. Tunggu hingga mendidih dan agak pekat. Tutup api.

8. Hidangkan bersama nasi himpit.

Sabtu, 28 Disember 2013

Kaswi Pandan

Kaswi Pandan
Kuih Kaswi Pandan
Kuih Kaswi Sedap

Sumber Resipi :
Chef Hanieliza


Bahan A :

6 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan


Bahan B :

1 cawan air tapisan pandan (8 helai daun pandan)
2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung kanji @ tepung ubi
1 sudu teh kapur sirih


Bahan C :

2 cawan  kelapa parut muda (kelapa putih sahaja)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak


Cara Membuatnya :

1. Masak bahan A dan tapis. Kemudian ketepikan.

2. Ratakan sedikit minyak ke dalam loyang yang hendak digunakan.

3. Bancuh semua bahan B dengan air gula dan tapiskan ke dalam loyang.

4. Masak selama 30 minit.

5. Tunggu sehingga sejuk dan potong.

6. Gaulkan garam dengan kelapa.

7. Golekkan kuih yang dipotong bersama kelapa tadi.

Aiskrim Susu

Aiskrim Susu

Aiskrim Susu Sedap

Aiskrim

Bahan-bahan :

1 kotak susu penuh krim Dutch Lady (1 liter)
½ tin susu pekat manis
1 sudu besar overlate
Biskut oreo (jika suka)


Cara Membuatnya :

Campurkan semua bahan ke dalam blender. Kisar hingga lembut dan gebu.

Tuangkan ke dalam bekas. Jika suka, patahkan biskut oreo dan masukkan bersama.

Bekukan di dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati.

Khamis, 19 Disember 2013

Apam Pandan

Apam Pandan
Kuih Apam Pandan
Apam Pandan Gebu

Sumber Resipi : bilachahkedapur

Bahan-bahan :

2 ½ cawan tepung gandum
100 gram gula
5-6 helai daun pandan
1 cawan campuran santan dengan air daun pandan
2-3 titis esen pandan
2 sudu kecil yis
1 biji telur


Cara Membuatnya :

1. Kisar daun pandan hingga hancur. Campurkan air daun pandan dengan kelapa parut.

2. Perah dan jadikan  satu cawan campuran santan dengan pandan. Tapiskan.

3. Campur dengan bahan-bahan yang lain dalam satu bekas.Timbuk atau kacaukan hingga semuanya rata dan gula hancur sepenuhnya.

4. Peram kira-kira 30 minit agar adunan naik.

5. Sediakan air kukusan dan kukus kira-kira 15 minit atau sehingga masak.

6. Hidangkan dengan kelapa parut muda yang telah digaul dengan sedikit garam.

Video Masakan Sajian Hati 2013

Koleksi Masakan Tahun 2010 hingga 2013

Jumaat, 13 Disember 2013

Kuih Bengkang Pandan

Kuih Bingka Pandan

 Bahan-bahan :

1 cawan jus pandan (12 helai daun pandan + 200 ml air diblender atau air tambah pandan esen )
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan pekat 
2 sudu makan butter
3 biji telur
1/2 sudu the garam
Pewarna hijau sekiranya guna esen pandan


Cara Membuatnya :

Daun pandan dihiris dan diblender bersama 200 ml air. Setelah blender, tapiskan dan ambil jus pandan tersebut.

Campurkan semua bahan-bahan iaitu gula, tepung gandum, santan pekat, butter, garam, telur dan jus pandan. Putar dengan menggunakan mixer atau blender sampai sebati.

Sapukan sedikit minyak pada loyang dan masukkan ke dalam oven untuk beberapa minit sehingga minyak panas.

Apabila minyak telah panas, masukkan campuran tadi ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180 degree sampai garing.